Anda di sini

Dapatkan hartanah idaman di Bandar Baharu Batu Kawah

Advertisement
SkyVilla Residence

SkyVilla Residence

KUCHING: Bandar Baharu Batu Kawah yang terlekak kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching merupakan kawasan tidak asing lagi kepada pemburu hartanah sama ada pelabur atau pemilik rumah.

Hartanah popular MJC City Development Sdn Bhd adalah projek yang memenangi anugerah seperti fasa baharu One Residency, SkyVilla Residence dan Papillion New Street Mall.

SkyVilla Residence – Blok Baharu Kini Dibuka Untuk Dijual

SkyVilla Residence dibina di kawasan seluas 11 ekar yang dikelilingi landskap hijau di pinggir Bandar Baharu Batu Kawah.

Ia dengan bangganya dianugerahkan sebagai Pembangunan Kediaman Bertingkat Tinggi Cemerlang 2013 oleh Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).

MJC City kini menjual Bella (Blok C) dan blok baharu Ohanna (Blok D), menjadikan jumlah blok di SkyVilla Residence sebanyak lima buah apabila pembinaan selesai kelak.

Bella dan Ohana masing-masing merangkumi 16 tingkat dan hanya lapan unit untuk setiap tingkat yang memaksimumkan privasi dan keselesaan hidup individu, dengan keluasan dari 1,000 kaki persegi hingga 1,377 kaki persegi.

Susun atur setiap unit adalah berkembar bagi menggalakkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan semula jadi.

SkyVilla Residence turut memaparkan enam titik keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenangan penghuni.

Pondok pengawal 24 jam bukan sahaja mengawal kenderaan keluar masuk tetapi memeriksa identiti pelawat atau tetamu yang ingin memasuki kediaman persendirian tersebut, selain melengkapkan setiap unit dengan interkom ke pondok pengawal serta memberi kad akses peribadi untuk masuk dan menggunakan lif lobi.

Privasi adalah terjamin ketika tinggal di SkyVilla dengan ketinggian dinding pagar setinggi enam kaki selain rondaan kerap pengawal keselamatan dan penggunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

Selain itu, kemudahan eksklusif di SkyVilla Residence termasuk rumah kelab penduduk dua tingkat, teater mini, taman atas bumbung, kolam renang bersaiz separuh Olimpik, jakuzi, kolam kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, gimnasium lengkap, tempat barbeku, bilik bacaan, dewan majlis dan pelbagai lagi, bagi membolehkan penghuni merancang aktiviti santai dan menyeronokkan pada hujung minggu atau masa lapang.

Harga SkyVilla Residence adalah berpatutan dan munasabah dengan bermula dari RM88* sehari.

One Residency – Unit Terhad dari Fasa 7.5 One Residency menerima anugerah pada Anugerah Kecemerlangan SHEDA atas rekaan dan konsep pada 2009.

Ciri-ciri keselamatan berpagar dan dikawal merupakan salah satu tarikannya sebagai landed property, di mana ia merupakan pertama di Kuching yang mempunyai kemudahan pusat peranginan dan ciri-ciri keselamatan.

MJC City kini menjual Fasa 7.5 dan fasa ini hanya mempunyai 31 unit yang merangkumi rumah bandar satu setengah tingkat dan rumah teres dua tingkat.

Ciri-ciri keselamatan di One Residency termasuk pondok pengawal 24 jam, interkom peribadi ke pondok pengawal, rondaan pengawal keselamatan, CCTV di pintu masuk dan keluar, sistem kad akses kenderaan dan kawasan berpagar.

Pelawat dan tetamu dapat masuk ke kawasan itu hanya selepas pengawal keselamatan mengesahkan dengan pemilik rumah menerusi interkom.

Setakat ini, lebih 200 penghuni terdiri daripada ahli perniagaan, profesional dan pesara yang memilih untuk tinggal di kawasan terjamin selamat berkenaan.

Ia turut menawarkan kemudahan eksklusif seperti rumah kelab, kolam renang dengan jakuzi, gimnasium, tempat barbeku, landskap menarik, trek berjoging dan banyak lagi.

Kemudahan-kemudahan gaya hidup baharu yang dicadangkan dengan fasa baharu One Residency termasuk Taman Permainan, The Banks Lookout Point, Sunken Oasis, Tree Houses, Linear Park dan Rock Garden.

Papillon – Street Mall Pertama di Kuching

Papillon merupakan inovasi pertama konsep ‘Street Mall’ dibangunkan oleh MJC City di mana banyak usaha diletakkan dalam projek tersebut bagi menjadikan ia bergaya dan inovatif yang akan membawa trend di bandar raya Kuching.

Ia merupakan fasa terakhir pusat komersil Bandar Baharu Batu Kawah di mana MJC City merevolusikan reka bentuk bagi memberi pelanggan pengalaman beli-belah fesyen utama, kedai gaya hidup dan makan minum dilengkapi tangga bergerak yang diletakkan di sisi empat di kawasan ruang runcit seluas 86,880 kaki persegi tersebut.

Aras bawah dan pertama merupakan unit komersil manakala aras kedua dan ketiga unit kediaman.

Kunjungi ruang pameran MJC City (No S2) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ekspo SHEDA yang bermula dari 23 hingga 25 September ini, dari jam 10 pagi hingga 9 malam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan pakej ditawarkan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi perunding hartanah MJC City iaitu Chin (014-9923226), Voon (014-6810824), Ee Ling (017-8859610), Gan (016-8910877), Goh (016-8875971) atau Jae (013-8184335).  (*Tertakluk Terma dan Syarat).

Advertisement