Anda di sini

Pasar raya Fong Meng musnah terbakar

Advertisement

SANDAKAN: Sebuah bangunan menempatkan pasar raya Fong Meng di Batu 8 Jalan Labuk, musnah dalam kebakaran pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata kebakaran berlaku kira-kira jam 4.20 pagi itu memusnahkan keseluruhan bangunan yang menempatkan pasar raya yang diusahakan oleh syarikat tempatan di sini.

Katanya seramai 27 anggota bomba menggunakan lima jentera pergi ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 pagi.

Menurutnya anggota bomba menghadapi kesukaran ketika operasi pemadaman api disebabkan tekanan air rendah daripada pili bomba dan turut menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

Beliau berkata api dapat dikawal pada jam 5.45 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada jam 12.48 tengah hari.

Mohd Razali berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Advertisement