Anda di sini

13 pelanggan Servay menangi hadiah peraduan biskut Julie’s

Advertisement

 Para pemenang bersama penganjur bergambar di pasar raya Servay.

TAHNIAH: Para pemenang bersama penganjur bergambar di pasar raya Servay.

MIRI: Pasar raya Servay di Pusat Kormersial Pelita pada Rabu (14 Sep) lepas menyampaikan hadiah keputusan cabutan bertuah beli dan menang  Julie’s di mana 13 pelanggan bertuah berjaya meraih hadiah menarik daripada pasar raya tersebut.

Yap Leh Cheng muncul sebagai pemenang tempat pertama dengan meraih hadiah berupa sebuah telefon pintar Samsung.

Alfred Ting dan Chin Moi Fa masing-masing memenangi hadiah kedua dan ketiga dengan membawa pulang beg bagasi daripada pasar raya tersebut.

Selain itu, 10 orang pelanggan bertuah memenagi hadiah sagu hati berupa hamper produk Julie’s bernilai RM20 setiap seorang, mereka ialah Kong Chee Leng, Kho Yian Hoon, Lee Ping Yao, Ling Han Lin, Chew Siau Yen, Wong Huang Pian, Ling Sai Ngo, Chai Han Lian, Yong Shau Jeon dan Lee Moh King.

Dianjurkan bersama dengan TLS Marketing Sdn Bhd, pengedar biskut Julie’s, para pelanggan Servay hanya perlu membeli produk Julie’s bernilai RM10 semasa tempoh promosi iaitu dari 26 Mac hingga 26 April 2016 untuk menyertai peraduan ini.

Advertisement