Anda di sini

Mydin, Cats FM rai Hari Malaysia

Advertisement

 Mydin bersama Cats FM mengadakan sambutan Hari Malaysia di Pasar Raya Besar Mydin, Samariang, di Kuching bermula semalam sehingga hari ini.

KUNJUNGI KAMI: Mydin bersama Cats FM mengadakan sambutan Hari Malaysia di Pasar Raya Besar Mydin, Samariang, di Kuching bermula semalam sehingga hari ini.

KUCHING: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bersama Cats FM mengadakan sambutan Hari Malaysia di Pasar Raya Besar Mydin, Samariang, di sini bermula semalam sehingga hari ini.

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, sambutan itu dirai bertujuan menyemarakkan kesepaduan hati dan kesepakatan jiwa dalam kehidupan masyarakat setempat.

Katanya, sambutan itu juga akan tersimpan sebagai kenangan terindah dalam memupuk semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat.

“Adalah menjadi harapan saya dan seluruh warga kerja Mydin agar acara atau aktiviti sebegini dapat diadakan selalu bersama-sama masyarakat setempat.

“Cara untuk menghargai erti sejarah kemerdekaan sebuah negara dan sambutan untuk memperingati haruslah dipelbagaikan agar generasi muda hari ini tidak alpa dengan pengorbanan dan perjuangan perwira negara.

“Justeru saya amat mengalukan kerjasama daripada semua pihak termasuk badan kerajaan, badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan sebagainya untuk bersama dengan Mydin dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat multi-nasional,” katanya menerusi kenyataan akhbar ‘Lan Berambeh Sehati Sejiwa Bersama Cats FM dan Mydin’.

Sepanjang berlangsungnya sambutan itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasullah aktiviti pentas dan pertandingan memasak.

Pertandingan memasak yang berlangsung petang semalam mengkehendaki peserta menyediakan dua menu lauk tempatan negeri ini iaitu ‘Ayam Pansuh’ dan ‘Umai Ikan/Udang’.

Pada sebelah malam pula, berlangsungnya persembahan artis tempatan Praloka Band dan Charma Band menghiburkan para pengunjung ke Mydin Samariang.

Pada hari ini (Sabtu) pula, akan berlangsung Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bagi dua kategori iaitu Kategori A (7 hingga 9 tahun) dan Kategori B (10 hingga 12 tahun) yang ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan WIPRO UNZA.

Di samping itu, Hospital Umum Sarawak (HUS) turut mengadakan Kempen Derma Darah untuk menggalakkan masyarakat menderma darah sekali gus meningkat bekalan darah di HUS.

Bagi pengunjung setia Mydin, jangan lepaskan peluang merebut promosi hebat yang ditawarkan termasuklah kepak ayam yang dijual pada harga RM8.69 (1kg), Whole BBQ Chicken (RM11.99/satu), Milo Activ Go Pek Isian Semula (RM31.99/2kg) dan banyak lagi.

Advertisement