Anda di sini

Motosikal elektrik YADEA diperkenalkan

Advertisement

Oleh Patricia Gari//

 Wong (kiri) mencuba motosikal elektrik model TRANS XMN pada majlis pelancarannya semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Lifeng, Fu , Abdul Aziz dan Lu.

ALTERNATIF: Wong (kiri) mencuba motosikal elektrik model TRANS XMN pada majlis pelancarannya
semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Lifeng, Fu , Abdul Aziz dan Lu.

KUCHING: YADEA Tech­nology Group Company Limited Of China dengan kerjasama GYH E-Vehi­cle Sdn Bhd sebuah syari­kat tempatan bekerjasama memperkenalkan motosikal elektrik dalam usaha meng­galakkan pemanduan selamat dan mesra alam sekitar.

Sehubungan itu untuk per­mulaan dua model motosikal berkuasa elektrik dipasarkan di negara ini iaitu Mini XDM (skuter) dan Trans XMN yang boleh dibeli pada harga sekitar RM3000 ++ (harga atas jalan).

Dua model itu diperk­enalkan semalam dalam satu majlis pelancaran yang dis­empurnakan Menteri Kewan­gan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Pengerusi GYH E-Vehicle Sdn Bhd Lu Kim Yong berka­ta dalam sidang media selepas majlis pelancaran berkenaan, GYH merupakan ejen tunggal memasang serta memasarkan motosikal berkuasa elektrik itu di negara ini.

“Objektif kami memperk­enalkan motosikal kepada pelanggan di Sarawak khas­nya dan Malaysia amnya ialah sebagai alternatif kepada kenderaan motor sedia ada di pasaran.

“Paling penting ia membolehkan pengguna meny­umbang kepada usaha men­gurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan pencema­ran udara dari asap kenderaan motor menggunakan bahan api,” katanya.

Menurut beliau lagi peng­gunaan motosikal berkuasa elektrik keluaran YADEA diperakui kualitinya selain terbukti lebih jimat serta selamat dengan kelajuan maksimum 50 km perjam bagi kedua-dua model permulaan diperkenalkan itu.

Katanya model MINI XDM dilengkapi bateri asid plumbum 60V20Ah yang mampu bertahan sehingga 50 km perjalanan apabila dicaj penuh (enam hingga lapan jam) manakala model TRANS XMN dilengkapi ba­teri asid plumbum 60V24Ah dan bertahan sehingga 55 km perjalanan.

Mengenai potensi motosikal berkuasa elektrik khususnya keluaran YADAE menembusi pasaran negara, Lu berkata sebagai permulaan pihaknya menyasar menjual 20,000 unit iaitu lima (5) peratus daripada kira-kira 400,000 unit mo­tosikal di seluruh negara.

“Memang kenderaan ele­ktrik suatu yang baharu di Malaysia tetapi kami yakin dengan kualitinya diiktiraf SIRIM dan diperakui sah dari segi undang-undang polis dan JPJ, ia akan diterima.

“Tambahan penggunaan­nya amat menjimatkan dari segi kos berbanding motosikal biasa menggunakan bahan api selain selamat,” katanya sambil menambah kedua-dua model itu kini boleh didapati di GYH.

Sementara itu Naib Presi­den YADAE Technology Group Company Limited Su Lifeng berkata Syarikat Kumpulan Yadea ditubuhkan pada 1997 dengan pengelu­aran pertamanya ialah skuter menggunakan bahan api petrol.

Namun syarikat itu mula mengeluarkan skuter elektrik pada 2002 sebagai menyahut cabaran kerajaan negara itu mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada peng­gunaan petrol.

“Selepas 10 tahun syari­kat kami muncul pengeluar terbesar motosikal elektrik dengan jualan tahunan sekitar 3.5 juta unit.

“Kini kami telah berjaya menembusi pasaran 66 buah negara termasuk Malaysia, Vietnam, India, Itali, Hun­gary dan Amerika dengan kuantiti eksport tahunan kira-kira 60,000 unit , nilai jualan eksport sekitar AS$30 juta,” katanya.

Beliau memberitahu sya­rikatnya mula menjalinkan kerjasama dengan GYH pada 2015 dan memberi kuasa kepada syarikat berpangka­lan di Sarawak sebagai ejen eksklusifnya di Malaysia pada 2016.

Wong dalam ucapan per­asmiannya berkata kerjasama antara kedua-dua syarikat itu adalah langkah bijak untuk menerokai bidang perniagaan baharu dalam bidang permo­toran.

Katanya selain membawa alternatif kepada pengguna di negeri ini dan memperk­enalkan pemanduan mesra alam sekitar ia akan mem­perkukuhkan lagi hubungan ‘kerajaan dengan kerajaan (G to G) antara China dan Sarawak.

“Hari ini kita melihat wu­judnya hubungan rakyat dengan rakyat (people to people) dan pelabur China terus memilih Sarawak des­tinasi perniagaan mereka,” katanya.

Pada majlis sama, GYH menyumbangkan 10 unit motosikal elektrik (masing-masing lima model MINI XDM dan TRANS XMN kepada Polis Diraja Ma­laysia (PRDM) Kontinjen Sarawak.

Hadir sama pada majlis itu, Konsul Jeneral Republik Rak­yat China di Kuching Fu Jijun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof dan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Maihainis Nasren.

Advertisement