Anda di sini

Lily Fashion House adakan jualan penghabisan stok

Advertisement
 Lily Fashion House kini mengadakan jualan penghabisan stok bermula dari harga serendah RM10 sehingga RM50.

BANYAK PILIHAN: Lily Fashion House kini mengadakan jualan penghabisan stok bermula dari harga
serendah RM10 sehingga RM50.

KUCHING: Kedai pakaian wanita pelbagai rangkaian, Lily Fashion House, di Batu 7 Jalan Penrissen, di sini kini mengadakan jualan peng­habisan stok sebelum men­jelang tahun baharu.

Menurut pengasas dan pemilik Lily Fashion House, Lily Thian, jualan tersebut diadakan bermula semalam (15 September) dan berakhir sehingga semua stok habis dijual.

Katanya, semua rangkaian pakaian itu dijual bermula dari saiz paling kecil (saiz S) sehingga paling besar (XXXXXL).

“Saya mahu semua orang di bandar raya Kuching tahu mengenai jualan penghabisan stok ini kerana harga yang ditawarkan bermula serendah RM10 sehingga RM50 sahaja.

“Semua pakaian yang di­jual di Lily Fashion House diimport dari Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Kualiti yang bagus dan dijual pada harga berpatutan, just­eru, rebutlah peluang yang ada ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jelasnya, Lily Fashion House dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Ibu bapa juga boleh da­tang membeli-belah bersama anak-anak kerana sudut per­mainan kanak-kanak juga turut disediakan oleh Lily Fashion House.

Selain pakaian, Lily Fash­ion House turut menjual barangan lain termasuk akse­sori, beg tangan dan barangan Tupperware.

Lily Fashion House terletak di Tingkat Satu, SL8, Lot 1198, Blok 17, KCLD, Batu Tujuh Jalan Penrissen, 93050 Kuching.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Lily Fashion House di talian 082- 613732.

Advertisement