Anda di sini

Banyak lagi usaha diperlukan bagi memacu penerimagunaan pelaporan bersepadu: MIA

Advertisement
 Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia Datuk Dr Lukman Ibrahim (dua kanan) melihat buku laporan ‘MIA-ACCA Intergrated Reporting Servey Report’ selepas melancarkannya di Pusat Connexion Converence & Event, Vertical, Bandar Bangsar Selatan, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Datuk Zaiton Mohd Hassan (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MIA Dr Nurmazilah Mahzan dan Ketua ACCA Malaysia, David Chin (kanan). — Gambar Bernama

BUKU LAPORAN: Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia Datuk Dr Lukman Ibrahim (dua kanan) melihat buku laporan ‘MIA-ACCA Intergrated Reporting Servey Report’ selepas melancarkannya di Pusat Connexion Converence & Event, Vertical, Bandar Bangsar Selatan, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Datuk Zaiton Mohd Hassan (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MIA Dr Nurmazilah Mahzan dan Ketua ACCA Malaysia, David Chin (kanan). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memacu penerimagunaan pelaporan bersepadu (IR) dalam kalangan organisasi selain membantu mereka mewujudkan nilai jangka panjang serta membina kepercayaan, menurut Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Ketua Pegawai Eksekutif MIA, Dr Nurmalizah Mahzan berkata sejak diperkenalkan pada 2011, hanya empat syarikat tersenarai menerima pakai IR dan tujuh perniagaan lain secara sukarela berikrar untuk mula melaksanakannya dalam tempoh sehingga lima tahun.

“Jumlah itu adalah rendah jika mengambil kira jangka masa (dari tahun ia mula diperkenalkan sehingga kini) berbanding Jepun, yang hanya mengambil masa tiga tahun sejak IR mula diperkenalkan sehingga sekarang.

“Jepun mempunyai lebih 200 syarikat menerima pakai IR secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Kajian IR MIA-ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) di sini, semalam.

Kajian itu, dijalankan MIA dan ACCA mulai 13 Ogos hingga 14 Sept, 2015, dengan melibatkan 330 reponden, termasuk ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan, anggota lembaga pengarah, juruaudit, ahli akademik, pengawal selia dan perunding.

Nurmalizah berkata IR telah terbukti dapat membantu perniagaan dalam pasaran  seperti Jepun dan Afrika Selatan, contohnya dari segi pengiktirafan dan pertumbuhan.

Beliau berkata pihak berkaitan akan mendapatkan pandangan jangka panjang syarikat, jika tidak para pelabru melihat perkara itu berdasarkan suku ke suku.

“Jika syarikat berkongsi pelan jangka panjang, prestasi suku tidak lagi menjadi tumpuan, dan ini juga adalah lebih baik untuk pengurusan.

“Daripada sibuk menguruskan keputusan setiap suku, syarikat boleh menumpukan kepada pertumbuhan dan nilai jangka panjang,” kata Nurmazilah, dengan menambah bahawa Malaysia dan Singapura merupakan antara yang pertama di Asia Tenggara melaksanakan IR.

Sementara itu, Ketua Dasar ACCA Asia-Pasifik, Chun Wee Chiew berkata laporan tahunan korporat oleh syarikat di Malaysia cenderung berteraskan kaedah lama dengan tiada kaitan yang sewajarnya kepada matlamat dan daya maju masa depan perniagaan.

“Ini disebabkan pemikiran pematuhan yang dilihat dalam kalangan syarikat. Jadi, apa yang penting di sini adalah mengubah cara pemikiran,” katanya.

Chun berkata syarikat perlu beralih daripada menggunakan laporan tahunan sebagai dokumen pematuhan kepada penerimagunaan IR sebagai platform untuk menyampaikan mengenai mereka.

Kajian itu turut mendapati tiga cabaran utama yang dihadapi untuk meningkatkan penerimagunaan IR iaitu: kos penyediaan (47 peratus); kekurangan panduan penyediaan IR (46.1 peratus) serta kekurangan kesalinghubungan dan proses penyepaduan dalam organisasi untuk penerimagunaan IR (40.9 peratus). — Bernama

Mengenai usaha mewajibkan IR, Chun berkata, masih di peringkat awal bagi perkara itu memandangkan tidak banyak syarikat yang menyedari kepentingan IR.

“Setakat ini, kami lebih cenderung untuk memberi kesedaran dan selepas itu kita akan lihat perkembangannya,” kata Chun.

Beliau berkata MIA dan ACCA mempunyai sasaran aspirasi sebanyak 100 syarikat menerima pakai IR. — Bernama

Advertisement