Anda di sini

MPUB dan UPUIH anjur bengkel usahawan cetakan baju T, fabrik

Advertisement
 Amelia menyampaikan sijil kepada peserta bengkel sambil disaksikan oleh Lydia dan Nawawi.

MAJUKAN USAHAWAN: Amelia menyampaikan sijil kepada peserta bengkel sambil disaksikan oleh Lydia dan Nawawi.

KUCHING: Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB) Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak (UPUIH) menganjurkan satu program ke arah mewujudkan usahawan dalam bidang cetakan baju T dan fabrik.

Bengkel asas cetakan baju T atau fabrik (Silkscreen) telah diadakan di Pusat Belia Dan Sukan, Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, Kuching dengan tenaga pengajar dan teknikal bengkel tersebut dikendalikan oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS).

Timbalan Residen Pembangunan selaku Pengerusi MPUB Kuching Amielia Siam berkata, bengkel kemahiran teknikal itu adalah merupakan satu aset bagi memulakan sesuatu yang boleh menjana pendapatan.

“Usahawan-usahawan akan terus dibantu melalui pelbagai program yang akan dianjurkan oleh pihak MPUB dan ini akan melibatkan usahawan-usahawan baharu,” katanya pada majlis perasmian bengkel itu di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Lydia Lidina Bandi dari Unit Pembangunan Usahawan memberitahu pihaknya sedia memberi sokongan bagi membantu dan mewujudkan usahawan dalam pelbagai industri.

Bengkel itu mendapat penyertaan baik dari kalangan peserta yang terdiri di kalangan ahli-ahli persatuan dan NGO termasuklah PPK1MS, Sarawak Dayak National Union (SDNU), Sarawak Iban Dayak Asscociaton (SADIA), Dayak Bidayuh National Association (DBNA) dan juga individu-individu yang berminat.

Turut hadir pada majlis perasmian bengkel itu, Yang Dipertua PPK1MS Nawawi Ibrahim.

Advertisement