Anda di sini

Toyota Sienta kereta penumpang pertama Toyota dengan tujuh tempat duduk

Advertisement
 Wong (lima kiri) dan Deck Hie (lima kanan) dan pegawai jualan merakam kenangan bersama model MPV kompak serba baharu, Toyota Sienta  di bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn Bhd Cawangan Sibu di Jalan Lanang.

MPV KOMPAK SERBA BAHARU: Wong (lima kiri) dan Deck Hie (lima kanan) dan pegawai jualan merakam kenangan bersama model MPV kompak serba baharu, Toyota Sienta di bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn Bhd Cawangan Sibu di Jalan Lanang.

SIBU: UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak serba baharu, Toyota Sienta bagi memenuhi keperluan keluarga moden.

Pengurus Cawangan UMW Toyota Motor Sdn Bhd Sibu, James Wong berkata, Toyota Sienta serba baharu adalah kereta penumpang pertama Toyota dengan kapasiti tujuh tempat duduk.

Katanya, walaupun reka bentuk kompak, pakej keseluruhannya memberikan fungsi terbaik dengan ruang luas bagi semua penumpang dan barang yang dibawa.

“Penampilan model baharu ini berbeza daripada MPS yang ada sebelum ini. Dengan banyak nilai tambah yang ditawarkan oleh Toyota Sienta, saya pasti ia akan memenuhi keperluan pengguna terutama keluarga muda yang mencari MPV kompak.

“Dan pada masa sama ia mampu memberi penjimatan minyak, spesifikasi canggih dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik,” jelasnya ketika ditemui pemberita di bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn Bhd di Jalan Lanang semalam.

Wong berkata, Toyota Sienta tampil dengan enjin petrol baharu dengan Dual VVT-i, manakala kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 107ps pada 6,000 rpm dengan tork 140 Nm pada 4,200 rpm dan disalurkan ke tayar depan melalui Continuosly Variable Transmission (CVT).

“Model MPV kompak ini juga dipertingkatkan dengan penggunaan penukaran tork dan pemandu boleh memilih antara tujuh kedudukan gear menggunakan mod Sport Sequential Shiftmatic,” ujarnya.

Dari segi keselamatan, Wong berkata, MPV kompak Toyota Sienta dilengkapi dengan tiga beg udara SRS iaitu dua beg udara pada bahagian hadapan dan satu beg udara di bawah stereng pemandu.

“Model Toyota Sienta juga dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif yang berguna untuk pemanduan harian. Ini merangkumi Vehicle Stability Control (VCS) dan Hillstart-Assist Control (HAC),” katanya.

Toyota Sienta ditawarkan pada harga di atas jalan termasuk GST dan insurans RM95,290.75 untuk varian 1.5G A/T dan RM102,226.93 untuk varian 1.5V A/T dengan enam pilihan warna iaitu Orange Metallic, Quartz Brown Metallic, Attitude Black, Grey Metallic, Silver Metallic dan Super White II.

Hadir sama ialah Pengurus Jualan Syarikat Kalulong Sdn Bhd, Wong Deck Hie.

Bagi yang ingin melihat lebih dekat model MPV kompak serba baharu, Toyota Sienta, boleh berkunjung di bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn Bhd Cawangan Sibu di Jalan Lanang dan Syarikat Kalulong Sdn Bhd di Jalan Upper Lanang.

Advertisement