Anda di sini

SenQ Digital Station kini di Plaza Merdeka

Advertisement

Tawar pengalaman beli-belah secara interaktif dalam suasana lapang, selesa dan rancak

// Oleh Rusnan Mustafa //

 Barisan tetamu kehormat merasmikan cawangan baharu SenQ Digital Station ke-31 di Plaza Merdeka Kuching.

KINI DIBUKA: Barisan tetamu kehormat merasmikan cawangan baharu SenQ Digital Station ke-31 di Plaza Merdeka Kuching.

KUCHING: SenQ Digital Station kini membuka cawangan ke-31 di Kompleks Beli-Belah Plaza Merdeka di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan tetamu kehormat dibarisi Datin Azerina Mohd Arip, KC Lim, Kh Lim dan Dato Steve Ng.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian itu semalam, rakan niaga utama SenQ, wakil dari Samsung, AIG, AEON, Panasonic, Sony, Sharp, Hitachi, LG, Electrolux, Toshiba, Acer dan Pensonic.

Cawangan baharu itu bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik berkualiti, malah juga membenarkan pelanggan mencuba barangan di dalam kedai untuk merasai sendiri kehebatan produk berkenaan.

Selaras dengan visi SenQ ‘Feel it, Test it’, cawangan baharu itu juga menawarkan pengalaman beli-belah secara interaktif dalam suasana lapang, selesa dan rancak.

Malah, jurujual di SenQ Digital Station juga bersikap mesra dan informatif sentiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.

Selain barangan elektrik premium seperti Televisyen UHD, peti sejuk, mesin basuh muatan depan, cawangan baharu itu juga menawarkan pelbagai jenis peralatan elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer, komputer riba dan banyak lagi.

“Kami berasa berbesar hati kerana dapat membuka kedai kami di Kompleks Beli-Belah Plaza Merdeka di sini. Kami amat bangga untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi gaya hidup, keselesaan beli-belah dan bernilai tambah kepada para pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Sengheng KH Lim dalam kenyataan akhbarnya.

Pelbagai promosi hebat turut disediakan sempena majlis perasmian itu antaranya 1,000 unit barangan elektrik berkualiti tinggi ditawarkan pada harga RM10 sahaja bagi produk terpilih.

Selain itu, barangan elektrik seperti pendingin hawa, peti sejuk, mesin basuh, telefon pintar, tablet, televisyen LED, pembersih udara, mesih pemerah jus, vakum dan ketuhar dijual pada harga RM500.

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran ansuran tanpa faedah selama 36 bulan untuk pemegang kad Citibank, CiMB, Hong Leong, Maybank, RHB, AEON dan Ambank.

Selain itu, SenQ juga bekerjasama dengan AEON untuk menawarkan skim bayaran mudah selama 36 bulan dengan faedah 1.1 peratus.

Pada masa sama pelanggan juga boleh melanggan Sengheng Mobile, yang merupakan pelan mudah alih yang menawarkan pelan pascabayar mudah alih Sengheng dengan 20 peratus rebat EZ Kredit pada komitmen bulanan yang terendah.

Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.senq.com.my atau ‘like’ laman sosial facebook ‘senQ’.

Advertisement