Anda di sini

Yeo’s taja minuman kesihatan terbaik untuk peserta Borneo Post Run 2016

Advertisement

// Oleh Andy Sabang //

 Joe Wong menunjukkan isyarat bagus, sebaik acara tersebut dilancarkan semalam. Turut kelihatan ialah Datuk Temenggung Vincent Lau (enam kanan).

KENANGAN: Joe Wong menunjukkan isyarat bagus, sebaik acara tersebut dilancarkan semalam. Turut kelihatan ialah Datuk Temenggung Vincent Lau (enam kanan).

SIBU: Yeo Hiap Seng (Yeo’s) sekali lagi tampil sebagai penaja utama produk makanan dan minuman semula jadi dengan kandungan gula rendah pada edisi ke-6 penganjuran Borneo Post Run 2016.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad Joe Wong berucap pada majlis penutupan BP Run 2016 di Dataran Fasa 1 Sibu berkata, Yeo’s menyediakan pelbagai produk minuman di gerai disediakan.

Katanya, ia bukan sahaja untuk menghilang rasa dahaga peserta BP Run, tetapi menjaga kesihatan tubuh badan mereka.

“Bagi edisi kali ini kita menampilkan produk minuman Teh Hijau Yeo’s  yang mengandungi pelbagai nutrien untuk kesihatan tubuh badan.

“Antara manfaatnya ialah membantu mengurangkan berat badan dengan dengan meningkatkan metabolisme sekaligus mengurangkan kolesterol dalam badan,” katanya.

Selain itu, teh hijau Yeo’s mengandungi antioksidan menghalang penuaan cepat dan merupakan salah satu minuman pilihan utama di Malaysia Timur.

“Yeo’s secara keseluruhannya ingin menggalak semua rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan amalan sihat dengan manfaat kesihatan minuman Yeo’s,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, negara merupakan negara paling ramai rakyat gemuk di Asia  kerana hampir separuh daripada 30 juta penduduk memiliki berat badan berlebihan.

“Dalam erti kata lain, daripada dua rakyat Malaysia, satu adalah obes atau menghidapi masalah berat badan berlebihan,” katanya.

Selain itu katanya, sembilan daripada 100 pesakit jantung di negara ini menghadapi kegagalan jantung kerana kurang menjaga kesihatan tubuh badan mereka.

“ Bagaimanapun, 80 peratus daripada semua masalah jantung boleh dielak jika kita kerap bersenam,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, larian tersebut telah dirasmi oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan See Hua Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming.

Lebih 3,000 peserta pelbagai bahagian di Sarawak telah mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Hadir sama iaah Pengurus Jualan Wilayah (Malaysia Timur)Regional Sales Manager Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad Billy Chin, Penolong Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Kueh Nguan Seng dan Pengurus Borneo Post Cawangan Sibu Lawrence Ling.