Anda di sini

VF Capital, Windbell Technology meterai usaha sama AS$100 juta

Advertisement

Wujudkan pekerjaan kepada penduduk dan bantu China atasi pencemaran

// Oleh Philip Kiew //

 Awang Tengah (kanan) bersama yang lain, Danny (kiri) dan Qin Zhenxiang bertukar-tukar dokumen bagi memeterai perjanjian usaha sama bernilai AS$100 juta selepas mesyuarat perniagaan di World Hotel, Beijing, Jumaat lalu.

TERMETERAI: Awang Tengah (kanan) bersama yang lain, Danny (kiri) dan Qin Zhenxiang bertukar-tukar dokumen bagi memeterai perjanjian usaha sama bernilai AS$100 juta selepas mesyuarat perniagaan di World Hotel, Beijing, Jumaat lalu.

MIRI: Syarikat Sarawak VF Capital Sdn Bhd  dan Windbell Technology Co. Ltd memeterai usaha sama bernilai AS$100 juta bagi menukar sisa kelapa sawit kepada produk pencemaran rendaman bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan membantu China menangani pencemaran.

Perjanjian bersejarah itu ditangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Danny Tiong dan Pengerusi Beijing Windbell, Qin Zhenxiang disaksikan oleh Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di China World Hotel, Beijing, Jumaat lalu.

Terdahulu delegasi dari Sarawak yang dalam misi promosi pelaburan ke China turut mengadakan mesyuarat perniagaan dengan sektor swasta di Beijing.

Awang Tengah dalam ucapannya amat mengalu-alukan kerjasama itu dan memberitahu kerajaan Sarawak akan memberi kerjasama penuh dan menyokong untuk memastikan kejayaan projek biomas itu.

Ia akan menukar biomas daripada minyak sawit menjadi produk bernilai tinggi seperti biobahan api, logam berat dipasifkan untuk tanah, dan karbon diaktifkan untuk aplikasi alam sekitar.

Ia dijangka menjana eksport bernilai AS$100 juta setiap tahun dan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan untuk Sarawak.

“Sarawak menumpukan pembangunan biomas selaras dengan Strategi Biomas Nasional Malaysia yang akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil,” katanya.

Awang Tengah menambah, pertanian kekal sebagai sektor penting dalam ekonomi Malaysia dan strategi yang telah dimulakan bagi membantu pihak-pihak berkepentingan membangunkan industri baharu dan peluang bernilai tinggi menggunakan biomas pertanian untuk produk bernilai tinggi.

“Sarawak pada masa ini mempunyai 1.04 juta hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit tetapi tidak mempunyai industri kimia oleo pada masa ini, dan ini memberi peluang pemprosesan biomas.”

“Kerajaan negeri menarik RM11.8 bilion pelaburan pada 2015 dan RM1.65 bilion pada suku pertama tahun ini,” katanya.

Sarawak merupakan negeri kedua pilihan pelaburan yang yang paling tinggi di Malaysia selama dua tahun berturut-turut sejak 2014, manakala China adalah sumber FDI yang kaya untuk Malaysia dan negara-negara lain kerana kekuatannya sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia.

Sementara itu, Danny berkata usaha sama ini adalah satu titik permulaan bagi yang penting baharu dalam menjana pendapatan dengan industri biomas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Perancangan Sumber merangkap Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil , Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuwi, Setiausaha Tetap MIETI Datu Liaw Soon Eng dan wakil-wakil daripada sektor awam dan swasta di Sarawak.

Advertisement