Anda di sini

Sarawak intai peluang tingkat pembangunan industri petrokimia hiliran untuk loji di Lawas

BEIJING: Sarawak mengintai peluang pelaburan untuk meningkatkan pembangunan bernilai tinggi industri petrokimia hiliran sekali gus menghidupkan semula rancangan untuk loji penapisan di Lawas.

Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan (MIETI) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian semasa lawatan ke ibu pejabat NORINCO di Beijing pada 26 Ogos lalu.

“Norinco Zhenghua gah dalam industri minyak dan gas, dan kami berharap lawatan ini dapat menjadi peluang untuk kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya semasa lawatan ke ibu pejabat kumpulan NORI

Awang Tengah mengetuai delegasi negeri dalam misi promosi pelaburan ke China pada 20-29 Ogos, selepas melawat Baotou City dalam Inner Mongolia dan Xi’an City sebelum lawatan ke Beijing.

Beliau berkata, antara sektor yang boleh dipertimbangkan untuk pelaburan ialah industri hiliran dan peluang perniagaan industri minyak dan gas.

Katanya, China dan Malaysia mempunyai hubungan berdiri lama dalam perdagangan, dan terus membina hubungan sosioekonomi yang lebih kukuh sejak beberapa tahun selepas lawatan bersejarah oleh Allahyarham Perdana Menteri Tun Abdul Razak Mei 1974.

“Sarawak merupakan destinasi pelaburan pilihan kedua di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu selain kaya dengan sumber semula jadi seperti kayu balak, petroleum dan gas asli sekali gus menarik ramai bakal pelabur,” katanya.

Liu Yijiang, pengerusi Zhenghua Oil Co. Ltd dari Norinco dalam pada itu mengalu-alukan Awang Tengah dan delegasi dari Sarawak untuk pertukaran maklumat sekali gus meneroka potensi kerjasama dan peluang ekonomi.

Beliau berkata syarikat itu terlibat dan mempunyai kepakaran dalam operasi pengeluaran huluan dan perdagangan dalam perniagaan minyak dan gas di peringkat antarabangsa.

Turut ditayangkan semasa mesyuarat itu ialah video video promosi dari Sarawak dan Norinco.

Delegasi Sarawak termasuk Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Perancangan Sumber merangkap Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuwi, Setiausaha Tetap MIETI Datu Liaw Soon Eng dan wakil-wakil daripada sektor swasta di Sarawak.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Tan Sri Wilson Baya Dandot, Pengurus Besar Kayu Sarawak Industrial Development (STIDC) Datu Sarudu Hoklai, Ahli Parlimen Limbang dan Pengerusi LPKP Hasbi Habibolah, Pengarah Usahawan dan Unit Pembangunan Halal (UPUIH) Samat Julaihi.