Anda di sini

‘1 Day Big Boom’ di 100% Super Store di semua cawangan

KUCHING: 100% Super Store mengadakan ‘ 1 Day Big Boom’ yang memberikan tawaran hebat kepada pelanggannya di semua cawangan mereka dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada esok (28 Ogos).

Menurut jurucakap Super Store, jualan sehari itu merupakan sebahagian daripada promosi ulang tahun mereka, di mana pelanggan bertuah yang membelanjakan RM100 dalam satu rsit layak menyertai peraduan cabutan, yang berakhir esok.

Bagi tarikh cabutan sebenar untuk menentukan pemenang peraduan akan diadakan pada 31 Ogos (pada jam 2 petang) sementara majlis penyampaian hadiah diadakan pada 4 September (2 petang) bertempat di outlet 100% Super Store Moyan, di sini.

Bagi tempoh sepanjang promosi pula, pelanggan diberi peluang membuat pembelian ke atas pembelian (purchase with purchase-PWP) ke atas produk terpilih dan menikmati harga rendah apabila membeli-belah semasa promosi ‘Happy Hour’ yang bermula pada jam 4 petang hingga 9 malam setiap hari dari 3 Ogos hingga 3 Oktober.

Dalam perkembangan lain, 100% Super Store Moyan menawarkan kanopi percuma kepada mana-mana peniaga yang ingin serta mempamerkan jualan mereka di Genesis Walk juga secara percuma.

Mereka yang berminat hendaklah pergi ke pejabat outlet dan membuat persiapan untuk lokasi serta mendapatkan kanopi yang diperlukan mereka.

Menurut jurucakap Super Store, mereka mengalu-alukan peniaga dari pelbagai jenis barangan sama ada makanan hingga ke produk pertanian dan mereka yang berminat boleh menghubungi Bong di talian 019-8883556 untuk tempahan.

Sementara itu, 100% Super Store Moyan, akan memberikan Jalur Gemilang mini percuma dan bendera negeri kepada pengguna jalan raya di outlet mereka bermula pada jam 10 pagi pada hari ini.

Ia dijangka dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah, Datuk Dr Sim Kui Hian.