Anda di sini

Ekspo Hartanah SHEDA berlangsung 23 hingga 25 Sept

Advertisement
 John Yong (dua kanan) ditemani (dari kanan) John, Mas dan Luqman memperkenalkan Ekspo Hartanah SHEDA 2016.

KEMBALI LAGI: John Yong (dua kanan) ditemani (dari kanan) John, Mas dan Luqman memperkenalkan Ekspo Hartanah SHEDA 2016.

KUCHING: Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) kini kembali dengan 90 peratus gerai pameran telah diisi oleh pelbagai syarikat pemaju hartanah dan perumahan tempatan.

Menurut pengerusinya John Yong Lock Ping pada sesi penerangan ringkas bersama syarikat pemaju terlibat semalam, antara pempamer yang juga merupakan penaja utama yang menyertai ekspo itu, Naim Land Sdn Bhd, Lee Onn Construction Sdn Bhd, MJC City Development Sdn Bhd, CSM Property Development Sdn Bhd dan RB Development Sdn Bhd.

“Ekspo Hartanah SHEDA 2016 ini akan berlangsung pada 23 hingga 25 September nanti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan hartanah dan perumahan terkini untuk rakyat Sarawak yang ingin memiliki rumah sendiri.

“Malah, pelbagai aktiviti menarik juga disediakan kepada pengunjung yang datang termasuk peraduan istimewa kepada pelanggan yang membuat pembelian produk sepanjang tempoh ekspo tersebut,” katanya.

Majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Ekspo Hartanah SHEDA 2016 juga mendapat sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Urbanisasi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta media rasmi See Hua Group.

Justeru, tempahan gerai pameran atau pertanyaan mengenai ekspo itu, orang ramai boleh menghubungi Setiausaha SHEDA di talian 082-366334 atau melayari laman sesawang www.shedapropertyexpo.com.

Hadir sama pada sesi penerangan itu semalam, Pengurus Acara (ACE) Dorinna Gibson serta wakil pihak pengurusan BCCK, John Engkatesso, Luqman Nul Hakim dan Mas Rabaie.

Advertisement