Anda di sini

Sistem pin dan bayar mulai 1 Julai 2017

Advertisement

Oleh Sudan Ajang//

 (Dari kanan) Chuah, B Ravintharan dan Tan melawat kaunter bank yang menyertai Jelajah e-Pembayaran Peringkat Kebangsaan 2016 di Imperial Hotel, di Miri semalam.

LAWAT: (Dari kanan) Chuah, B Ravintharan dan Tan melawat kaunter bank yang menyertai Jelajah e-Pembayaran Peringkat Kebangsaan 2016 di Imperial Hotel, di Miri semalam.

MIRI: Pengesahan tanda­tangan untuk pembayaran di terminal tempat jualan (POS) akan ditamatkan berikutan pelaksanaan sis­tem pin dan bayar mulai 1 Julai 2017.

Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Nyat Chuan berkata, sistem ini membolehkan pemegang kad bank melakukan pem­belian dengan memasukkan enam digit pin tanpa memer­lukan tandatangan.

“Sebagai permulaan, pemegang kad akan diberi tempoh bermula Januari hingga Jun 2017 untuk membiasakan mereka den­gan sistem yang baharu,” katanya semasa sidang me­dia Jelajah e-Pembayaran Peringkat Kebangsaan 2016 di Imperial Hotel,di sini semalam.

Migrasi kepada pembayaran secara elektronik menggu­nakan pin ini lebih berkesan dari segi kos, selamat, pantas dan mudah digunakan.

Tan menambah, industri perbankan turut mengelu­arkan semula sebanyak 44.3 juta kad ATM dan kad debit dilengkapi dengan fungsi tanpa sentuhan menjelang 1 Januari 2018 bagi mewujud­kan sistem pembayaran ‘tap and go’ untuk setiap transaksi kecil.

Dalam perkembangan berkaitan, industri perbankan melabur sebanyak RM1.1 bilion sejak 2015 hingga 2020 bagi menambah baik perkhid­matan kad pembayaran dalam urus niaga.

“Bank Negara Malaysia menyasarkan penggunaan 800,000 terminal pembayaran kad bank menjelang 2020 berbanding 295,000 termi­nal setakat Jun tahun ini,” katanya.

Tan berkata beberapa lang­kah akan dilaksanakan sep­erti menangani kedudukan dan membetulkan isyarat harga, meluaskan akses, men­ingkatkan keselamatan dan perkhidmatan nilai tambah serta membina kesedaran pembayaran elektronik.

Sementara itu, jelajah se­malam dianjurkan oleh BNM dengan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank Islam Malay­sia (AIBIM).

Hadir sama Pengarah Ek­sekutif ABM Chuah Mei Lin dan Pengerusi National Cards Group, B Ravintharan.

Advertisement