Anda di sini

Mangsa kebakaran Kg Tanjong Batu terima sumbangan PZS

Advertisement

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat menyampaikan sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah cawangan Tawau kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Batu kelmarin.

Kebakaran berlaku dua kali di Kampung Tanjong Batu dalam bulan Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan mangsa-mangsa kebakaran dan menasihat masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama kawasan kediaman mereka.

Di samping itu, ia perlu dijadikan iktibar kepada penduduk lain agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan kediaman.

Advertisement