Anda di sini

MAJU, KLIA tandatangani MoU perkasa perkongsian pintar

Advertisement
 Ronald (duduk kanan)  dan Penasihat Kanan KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd Faki Zaki Md Darus ketika menandatangani MoU dan disaksikan oleh (berdiri, dari kanan) Kristal, Lee dan Pensyarah Senior KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd Agas Edmund Langgu.

TANDATANGAN: Ronald (duduk kanan) dan Penasihat Kanan KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd Faki Zaki Md Darus ketika menandatangani MoU dan disaksikan oleh (berdiri, dari kanan) Kristal, Lee dan Pensyarah Senior KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd Agas Edmund Langgu.

MIRI: Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya iaitu MAJU Training Consultants & Resources Sdn Bhd(MAJU) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Training & Research Centre Sdn Bhd, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengurus Operasi merangkap Pengurus Besar Ronald J. G Jolly, MoU berkenaan berasaskan pendekatan perkongsian pintar antara kedua-dua pihak dan ia terlaksana pada 6 Ogos lalu bertempat di  Hotel Pullman, Miri.

Menteri Muda Pengangkutan Darat, Udara dan Keselamatan Datuk Lee Kim Shin turut serta menyaksikan majlis MoU berkenaan.

Jelasnya, MoU dengan KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd adalah untuk mengimport Penyelia Keselamatan Tapak, Pegawai Kesihatan & Keselamatan, Program Seliaan Keselamatan Tapak Modul 6 dan pelbagai perkara berkaitan memberikan manfaat kepada pengamal keselamatan dan persekitaran pekerjaan di Miri.

Menurutnya, penasihat untuk latihan bakal menyelia program untuk tahun hadapan dengan memberikan kemahiran latihan daripada pihak KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd .

“Melalui inisiatif ini, kita menyasar untuk melakukan penambahbaikan tahap kemahiran di negeri ini menjadi tenaga kerja lebih bermutu dan efektif,” katanya.

MAJU katanya lagi telah menyedari akan kepentingan untuk memiliki kemahiran dan juga pengalaman cukup dalam mengharungi cabaran persekitaran perniagaan ketika ini.

Beliau pada masa sama menggesa pemain industri tempatan menganjak standard kemahiran seperti pengawasan keselamatan tapak kerja dan menanamkan sikap kesedaran tentang pentingnya keselamatan di kalangan para pekerja.

Sebagai salah sebuah syarikat penasihat latihan, MAJU bermula sejak 2010 terlibat dalam memberikan program keselamatan kepada industri teutamanya di kawasan sekitar Miri dan Bintulu.

Syarikat ini terletak di tingkat satu di Kings Business Centre, Miri, MAJU memberikan latihan dalam program keselamatan dan persekitaran pekerjaan, pengurusan projek, sumber manusia, kejuruteraan, kemahiran hidup serta kapasiti bangunan.

Dengan dua bilik latihan lengkap, MAJU turut diterajui dengan tenaga kerja yang berkelayakan dan berpengalaman.

Mereka adalah Pengarah Latihan Dr Julian Jolly, Penasihat Latihan James Empungan, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kristal Simon (jurutera sivil/structural), pengamal perubatan bio Haizulyadi Anwar, Jurutera Instrument Mary Wong dan ramai lagi.

Advertisement