Anda di sini

Karnival 4WD Nissan khas untuk warga Kuching

Advertisement
 Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengadakan Karnival 4WD Nissan pada hari ini dan esok.

JOM SERTAI KAMI: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengadakan Karnival 4WD Nissan pada hari ini dan esok.

KUCHING: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini mengadakan Karnival 4WD Nissan khas untuk warga Kuching selama dua hari bermula hari ini.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Tan Keng Meng, karnival itu diadakan dari jam 10 pagi hingga 8 malam di Pusat 3S Kuching ETCM.

“Karnival ini bagi memberi peluang kepada masyarakat di bandar raya ini untuk merasai sendiri keupayaan pemanduan pacuan empat roda serta keselesaan model ‘crossover’ premium Nissan X-Trail dan trak pikap Nissan NP300 Navara yang baharu.

“Bukan itu sahaja, ETCM turut memulakan aktiviti eksklusif ‘Book and Win’ (tempah dan menang) untuk  para  pelanggan  yang  menempah  mana-mana  kenderaan  Nissan sepanjang  karnival  tersebut.

“Peraduan  ini  membolehkan  mereka  memenangi  TV  LED Sharp bersaiz 40 inci atau pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Malah, Tan memberitahu sebagai  sebahagian daripada pengalaman  4WD tersebut, karnival itu juga  akan menampilkan dua laluan berhalangan yang unik dan telah direka khas.

“Laluan ‘Elephant Ramp’ menunjukkan keupayaan kenderaan  untuk melalui laluan tidak rata  menerusi pergerakan suspensi  yang  luas, dibantu oleh sistem 4WD  kawalan elektronik yang mengoptimumkan aspek cengkaman  secara automatik.

“Sementara ujian permukaan tidak rata pula membuktikan tahap  keselesaan pemanduan kenderaan  4WD Nissan walaupun di atas  jalan  yang kasar. Kedua-dua laluan  sukar itu direka untuk ETCM, Jalan Ipo, Kuala Lumpur,” jelasnya.

Katanya lagi, laluan tersebut bagi menunjukkan pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya seperti sistem Suspensi Multi-Link serta keupayaan sebenar Nissan NP300 Navara dan Nissan X-Trail untuk beraksi dalam kondisi jalan yang berbeza.

Selain X-Trail dan Navara baharu, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji model-model Nissan  yang lain seperti Almera, Teana,  Serena S-Hybrid, Sylphy dan Grand Livina termasuk Nissan LEAF (kereta elektrik sebenar dunia yang pertama) sepanjang karnival tersebut.

“Pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan hadiah menarik untuk dimenangi menanti para pengunjung karnival.

“Ini termasuklah Cabaran Kuasa Khas untuk para pengunjung yang ingin menunjukkan kekuatan  fizikal mereka,” ujarnya.

Sementara aktiviti seni pasir dan ‘Virtual Racing Challenge’ memastikan kanak-kanak terus terhibur ketika berkunjung pada karnival itu.

“Karnival 4WD  Nissan ini merupakan satu platform untuk  membuktikan apa yang mampu  ditawarkan oleh Nissan X-Trail  dan Navara dan ia menunjukkan  ciri-ciri premium yang pertama  dalam kelasnya di samping  kelasakan serta keupayaan pacuan  empat rodanya.

“Kami berharap pelanggan di  Sarawak juga boleh mengalami  superioriti crossover dan trak pikap dengan Artikulasi gandar dan laluan berhalangan yang direka khas,” katanya.

Selain itu, pelanggan  yang  membeli  Nissan  X-Trail dan  Navara juga boleh menikmati pelan pembayaran balik sebanyak RM999  dan RM699 sebulan.

Sementara untuk Almera, hanya RM499 sebulan dan pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4 Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai  pengedar eksklusif aksesori  Ironman 4×4.

Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu.

Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru  ini, Rustcare Sdn Bhd telah memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia dan ia dijual oleh ETCM dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Terdapat tiga  pakej aksesori Ironman 4X4 yang  ditawarkan, ‘Challenger’, ‘Challenger Plus’ dan  ‘Adventure’ pada harga bermula RM11,000 hingga RM22,000.

ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad.

Selain daripada promosi tersebut,  aksesori ini boleh dimasukkan ke  dalam pinjaman pembelian NP300  Navara.

Pelanggan yang membeli aksesori  Ironman 4×4 layak untuk menerima  jaminan  selama tiga tahun atau  perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Manakala promosi Ogos pula, ETCM dengan bangga mengumumkan kerjasama inisiatif dengan mengambil bahagian dalam Super GT Thailand iaitu lima pelanggan Nissan bertuah yang membeli kenderaan Nissan akan dipilih sebagai pemenang bersama-sama dengan tetamu untuk menghadiri  tajaan sepenuhnya, termasuklah penginapan empat malam di Thailand, tiket Grandstand dan pengangkutan ke 2016 Super GT Round 7.

Malah, pemenang juga berpeluang untuk bertemu secara peribadi  dengan  Juara  Super  GT  dan  pemandu  pasukan  NISMO  Super  GT  Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli, di samping peluang untuk ke lawatan eksklusif ke  garaj peribadi termasuk safari  litar.

Pemenang turut berpeluang untuk  mengalami lawatan garaj dekat  dan  peribadi termasuk safari litar  yang  mana  pemenang mendapat pengalaman perlumbaan kereta memandu lalu di litar pada kelajuan yg berbahaya.

Kempen itu diadakan sepanjang bulan Ogos dengan rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 serta tawaran aksesori yang sangat menarik dengan hanya RM1 untuk model Nissan terpilih akan diteruskan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

Advertisement