Anda di sini

Jake sumbang naik taraf balai raya dan komputer

Advertisement

KENINGAU: Ketua Exco Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada sebuah kampung dan sekolah di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Bahagian PBS Liawan telah menyampaikan sumbangan menaik taraf bangunan balai raya Kampung Semalang di sini.

Sumbangan itu telah diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) David Langkihang.

David mewakili ahli jawatankuasa JKKK dan penduduk kampung itu mengucapkan terima kasih di atas sumbangan berkenaan yang membolehkan bangunan balai raya yang berkeadaan tidak selesa dapat dinaiktarafkan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Apin-Apin Harry Gitik turut menerima sumbangan ikhlas berupa peralatan komputer daripada Jake untuk kegunaan sekolah itu.

Harry berkata permohonan peralatan itu telah dimajukan semasa mesyuarat agung PIBG awal tahun ini bagi kegunaan pelajar sekolah yang amat memerlukannya.

“PIBG mengucapkan terima kasih kepada Jake atas keprihatinannya terhadap keperluan sekolah dan pelajar di sekolah ini,” katanya.

Advertisement