Anda di sini

Promosi minuman sihat Teh Hijau Yeo’s dilancar

Advertisement

Sejajar dengan rekaan pembungkusan baharu di Pasar Raya Everrise VivaCity dan Emart Batu Kawa

// Oleh Sandy Mark Luna //

 Tay (belakang,empat kanan) bersama pasukan Yeo’s menunjukkan isyarat bagus bersama peserta Peraduan Foto Kecantikan Semula Jadi Yeo’s termasuk pemenang tempat pertama dan ketiga mempromosikan minuman sihat Teh Hijau Yeo’s.

MINUMAN SIHAT: Tay (belakang,empat kanan) bersama pasukan Yeo’s menunjukkan isyarat bagus bersama peserta Peraduan Foto Kecantikan Semula Jadi Yeo’s termasuk pemenang tempat pertama dan ketiga mempromosikan minuman sihat Teh Hijau Yeo’s.

KUCHING: Syarikat minuman dan makanan tempatan terkemuka, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) melancarkan kempen bagi mempromosikan minuman sihat Teh Hijau Yeo’s dengan rekaan pembungkusan baharu di Pasar Raya Everrise VivaCity Megamall dan Emart Batu Kawa, semalam.

Pengurus Jualan Kuching, Tay Boon Huat berkata, kempen itu sejajar dengan Peraduan Foto Kecantikan Semula Jadi Yeo’s untuk Malaysia Timur yang baharu selesai baru-baru ini.

Lima gadis cantik termasuk juara dan pemenang tempat ketiga peraduan itu turut hadir pada kempen tersebut bagi mempromosikan Teh Hijau Yeo’s yang sarat dengan bahan-bahan antioksida dan tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna ditambah.

Selain itu katanya, Cabaran Instagram Yeo’s #RentakBahagia yang sedang berlangsung sehingga 15 Oktober yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan termasuk peluang ke Korea bersama yang tersayang, selain 11 hadiah mingguan ke taman tema Malaysia.

#RentakBahagia dianjurkan bagi meraikan Ogos sebagai bulan penuh kasih sayang selain memeriahkan lagi Bulan Kebangsaan.

Untuk menyertai cabaran itu, para pelanggan perlu mengambil ‘selfie’ atau ‘wefie’ yang berkonsepkan bahagia atau cinta dan memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt.

Para peserta juga perlu tag lima rakan untuk setiap gambar dikemukakan dan beri cabaran untuk mereka mengikuti #RentakBahagia.

Tidak ada had ditetapkan bagi gambar dimuat naik, namun para peserta perlu menukar tetapan akaun kepada ‘public’.

Advertisement