Anda di sini

Wanita terjun dari tingkat satu untuk selamatkan diri daripada kebakaran

Advertisement

 Rumah yang didiami mangsa hangus dalam kebakaran di Kampung Jawa 1, kelmarin.

MUSNAH: Rumah yang didiami mangsa hangus dalam kebakaran di Kampung Jawa 1, kelmarin.

SANDAKAN: Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari tingkat satu rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Jawa 1, Batu 12 di sini, petang kelmarin.

Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Hadziah Yusing, 37, berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari tingkat satu.

Pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.17 petang lalu mengerahkan empat jentera dan sebuah kenderaan utiliti.

“Sebaik bomba tiba kira-kira jam 2.40 petang mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dengan keluasan 50×40 kaki terbakar keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, operasi memadam api terkawal pada jam 5.07 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggaran kerugian kira-kira RM50,000.

Menurut Razali rumah berkenaan didiami seramai lapan orang iaitu tujuh dewasa terdiri dua lelaki dan lima perempuan termasuk mangsa serta seorang kanak-kanak perempuan.

Advertisement