Anda di sini

Mesyuarat MDC Ke-21 berharap BNM longgarkan garisan panduan pinjaman

Advertisement

KUCHING: Mesyuarat Majlis Pemaju Malaysia (MDC) Ke-21 yang berlangsung 5 Ogos lalu di Mulu telah dihadiri oleh pemegang jawatan utama dan ahli majlis organisasi tiga pihak termasuk Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA).

MDC tersebut, dipengerusikan oleh REHDA Malaysia, antara lain membincangkan mengenai isu biasa dihadapi oleh industri selain berkongsi mengenai situasi hari ini dalam industri hartanah di negeri-negeri berkaitan.

Ketiga-tiga persatuan juga berkongsi sentimen yang sama dengan keadaan ekonomi negara pada ketika ini selain melahirkan pandangan mereka ke atas beberapa faktor yang dibincangkan seperti berikut:

1) Prestasi Pasaran Lembap Ahli-ahli organisasi MDC telah menyuarakan keprihatinan mereka terutama menyentuh prestasi pasaran yang semakin perlahan pada ketika ini.

Pengurangan ketara dalam prestasi jualan bukan sahaja dilihat menerusi Laporan NAPIC 2015 tetapi juga dalam kaji selidik hartanah yang dijalankan oleh REHDA Malaysia dan SHAREDA.

Jualan telah menunjukkan trend penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan MDC melahirkan kebimbangannya sekiranya situasi ini tidak dikawal dengan sewajarnya, ia akan membawa kepada kesan memudaratkan ke atas pertumbuhan ekonomi negara ini.

Industri hartanah juga telah dibuktikan menjadi salah satu tunjang ekonomi utama yang menyumbang ke arah GDP negara.

Bagaimanapun, dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, MDC merayu kepada Kerajaan Negeri untuk tampil dengan polisi atas dasar yang lebih tegas untuk memberi nafas baharu dalam industri hartanah sekali gus merangsang aktiviti menerusi rantaian nilainya.

1) Flesksibiliti dalam Garis Panduan Pemberian Pinjaman

Pelbagai langkah kiraan dan panduan pinjaman perumahan yang ketat yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2010 telah memberi kesan negatif khusus kepada kebolehan pembeli hartanah dan kediaman untuk mendapatkan pembiayaan mereka.

Malah, kita juga memahami bahawa tujuan utama yang digariskan oleh BNM itu adalah untuk membendung hutang isi rumah, tetapi MDC berpendapat bahawa BNM seharusnya meneliti semula mekanisme dan kriteria kelayakan peminjam bagi membantu pemilik rumah terutama pembeli pertama kali.

Ketiga-tiga organisasi melaporkan maklum balas dari pasaran berterusan menunjukkan kepentingan yang kuat dalam pelancaran baharunya. Bagaimanapun, terdapat jumlah kes yang signifikan membabitkan penolakan kewangan terakhir terutama dalam pembiayaan segmen rumah berpatutan yang akhirnya membawa kepada pembatalan pembelian.

Dalam perkara ini, MDC berharap BNM dalam mempertimbangkan dan melonggarkan sedikit polisi dan garis panduan pinjaman.

BNM juga harus membiarkan pihak bank dengan budi bicaranya untuk menentukan kriteria yang perlu bagi meluluskan pinjaman berdasarkan risiko peminjam dan penghargaan kredit.

Memberi pinjaman kewangan kepada pembeli rumah yang layak dan pakej kewangan khas juga boleh dilakukan terutama bagi membantu pembeli rumah pertama yang berpotensi.

Ini bukan sahaja membantu untuk mempromosi pemilikan hartanah tetapi juga untuk merangsang semula situasi pasaran yang semakin perlahan dan menurun.

MDC juga berharap Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan pihak majlis dengan serius bagi memastikan industri hartanah akan kekal menjadi penyumbang terbaik bagi industri ini sendiri, negara dan rakyat.

Advertisement