Anda di sini

Kolej SEGi meterai MoA dengan Hotel Hilton bekerjasama sedia pendidikan industri hospitaliti

KUCHING: Kolej SEGi Sarawak baru-baru ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoA) dengan Hotel Hilton Kuching untuk bekerjasama selain menyediakan pendidikan berkaitan industri hospitaliti kepada pelajar kolej tersebut dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkualiti menerusi perkongsian sumber.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengurus Besar Hilton Kuching Hamish Watts  dan Pengetua Kolej SEGi Sarawak Ivy Lau.

Hotel Hilton dan Resort adalah pemimpin global dalam bidang hospitaliti dengan lebih daripada 530 hotel dan resort di enam benua termasuk Malaysia seperti di bandar-bandar utama termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, Diploma Pengurusan Hotel di Kolej SEGi Sarawak menawarkan kepada pelajarnya peluang untuk belajar terutama ketika penganjuran majlis berprestij yang berlangsung di Hotel Hilton.

Melalui program yang direka khas ini, pasukan hospitaliti profesional Hotel Hilton akan menyediakan pelajar kefahaman berkaitan industri yang dipelajari manakala ahli akademik Kolej SEGi pula akan memberi pengetahuan teori.

Antara mata pelajaran yang terkandung dalam MoU tersebut adalah Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Pengemasan, kedua-dua yang memerlukan pendedahan praktikal yang luas kepada pelajar untuk menjadi cekap dalam posisi ini.

Bagi menamatkan program diploma tersebut, pelajar juga dikehendaki menjalani latihan industri selama empat bulan.

Setelah tamat pengajian, graduan akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Hotel dari Kolej SEGi Sarawak dan juga sijil daripada Hotel Hilton Kuching.

Susunan unik ini pastinya akan menyediakan permulaan kerjaya yang baik kepada graduan yang menyertai industri hospitaliti global.

Bagi graduan program Diploma Pengurusan Hotel pula, mereka berpeluang mempunyai akses kepada pelbagai kerjaya berkaitan hospitaliti menarik di Malaysia dan juga di luar negara.

Pada masa ini, Sekolah Hospitaliti SEGi menawarkan Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Seni Kulinari, Diploma Seni Pastri dan Masakan serta Sarjana Muda Sains Pelancongan Antarabangsa dan Pengurusan Hospitaliti dengan kerjasama Universiti Sunderland, United Kingdom.

“Kami sentiasa meningkatkan usaha kami bagi memastikan program hospitaliti yang ditawarkan terus membawa kepada kerjaya dalam industri.

“Pada masa sama ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara langsung dengan pengamal industri dan membangunkan kemahiran penting yang diperlukan sebelum mereka berhadapan dengan dunia kerjaya sebenar,” kata Ketua Sekolah Kolej SEGi Sarawak Carleen Teo.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Kolej SEGi Sarawak di talian 082-252566 atau e-mel kepada askme@segi.edu.my atau layari www.segi.edu.my untuk maklumat lanjut.