Anda di sini

Ling Kwong Yuk muncul pemenang utama MITRAF 11

Advertisement
 Pengurus pemasaran United Fusion Sdn Bhd Paul Poh (empat kanan) menyampaikan baucar hadiah utama kepada Ling Kwong Yuk sambil disaksikan oleh para jawatankuasa penganjur MITRAF 11 semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada Ahad lepas.

BERTUAH: Pengurus pemasaran United Fusion Sdn Bhd Paul Poh (empat kanan) menyampaikan baucar hadiah utama kepada Ling Kwong Yuk sambil disaksikan oleh para jawatankuasa penganjur MITRAF 11 semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada Ahad lepas.

MIRI: Ling Kwong Yuk muncul sebagai pemenang hadiah utama pada cabutan bertuah Pesta Usahawan Miri (MITRAF 11) dengan memenangi peralatan dapur jenama Dragonfly yang ditaja oleh United Fusion Sdn Bhd.

Goh Suk Yun pula membawa pulang hadiah pertama berupa pendingin hawa jenama Gree.

Hadiah kedua yang terdiri daripada pembersih tekanan tinggi jenama Karcher dimenangi oleh Chai Chon Chit, manakala pemenang hadiah ketiga Hii Lang Sing menerima pembersih vakum Panasonic.

Pemenang hadiah keempat dan kelima – John Yeo dan Liew Shak Lian masing-masing menerima jam tangan jenama Esprit, manakala pemenang hadiah keenam dan ketujuh – Teh Siew Siew dan Teo Cheng Khiang masing-masing memenangi baucar penginapan dua hari satu malam tajaan Meritz Hotel.

Pemenang kelapan dan kesembilan – Liza Ismawi dan Elizabeth Su masing-masing menerima mop jenama Kingfisher, manakala pemenang hadiah kesepuluh dan kesebelas iaitu Shirley Wong dan Chai Lan Jin masing-masing memenangi jam tangan jenama Esprit.

Empat pelanggan iaitu Chai Lan Jin, Chong Mei Chia, Roch Lee dan Chua Poh Hoon – masing-masing memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM188, RM138 RM108 dan RM88.

Akhir sekali, empat pemenang hadiah sagu hati yang masing-masing menerima hamper produk Ah Huat ialah Michelle Phua, Chan Swee Teck, Roniah Kassim dan Lau Tiew Chek.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti MITRAF 11 yang berlangsung di Bintang Megamall dari 4 hingga 7 Ogos 2016, para pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 ke atas tempahan kenderaan atau hartanah atau RM100 di mana-mana gerai yang mengambil bahagian adalah layak untuk menyertai cabutan bertuah ini.

Advertisement