Anda di sini

Tawaran hebat untuk model Toyota terpilih sepanjang Ogos

Advertisement

 Toyota kini mengadakan promosi sempena Hari Kebangsaan Ke-59.

JANGAN LEPAS PELUANG: Toyota kini mengadakan promosi sempena Hari Kebangsaan Ke-59.

KUCHING: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-59, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan tawaran hebat sepanjang Ogos untuk model Toyota terpilih bagi pelanggannya di seluruh negara.

Rebat tunai adalah untuk varian terpilih seperti Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Camry Hybrid, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Toyota Hilux.

Bagi Vios, UMWT menyediakan rebat tunai sehingga RM7,500 dan aksesori percuma, Altis ada rebat tunai RM5,500 dan aksesori percuma, sementara Camry Hybrid disediakan rebat tunai RM8,000.

Selain itu, tunai rebat Avanza ditawarkan RM1,500, Innova sehingga RM6,000 dan aksesori percuma, manakala Hilux rebat tunai diberi sehingga RM4,000

Tawaran boleh didapati di semua cawangan UMWT di seluruh negara serta peniaga Toyota dibenarkan.

Bergantung kepada model, aksesori percuma terdiri daripada DVD-Audio dengan sistem dinaik taraf dengan kamera undur, lampu ‘Running’ siang, ‘Front Footwell Illumination’, pam tayar mudah alih, Toyota Premium Security dan filem solar serta perakam video digital (untuk paparan rakaman melalui cermin kenderaan).

Semua aksesori telah diuji dan dipasang oleh kakitangan berkelayakan di Accessories Centre UMWT.

Semua model Toyota dihasilkan pada 2016 dan dilengkapi dengan lima tahun waranti atau perbatuan tanpa had (kecuali untuk Hilux yang mempunyai perbatuan maksimum 150,000km).

Untuk Hybrid Camry, pek bateri untuk Hibrid Toyota Synergy Drive mempunyai jaminan sehingga lapan tahun.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, UMW Toyota Motor juga akan menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara supaya pelanggan boleh melihat dan memandu uji model Toyota terkini.

Bagi mereka yang mungkin telah terlepas promosi jualan sebelum ini, ini adalah satu lagi peluang yang baik untuk memiliki model Toyota baharu sambil menikmati rebat tunai dan percuma aksesori Toyota.

Jerayawara Toyota akan diadakan di Boulevard Mall Sarawak, New Wing bermula 19 sehingga 21 Ogos ini

Untuk maklumat mengenai model Toyota atau lokasi bilik pameran di seluruh negara, sila layari toyota.com.my atau hubungi TOYOTA talian percuma: 1800-8-TOYOTA (869.682).

Advertisement