Anda di sini

13 penumpang terselamat bas persiaran terbabas

Advertisement
 Sebuah bas persiaran terbabas ke dalam parit di Jalan Lama Kinarut Kampung Ganak Papar kelmarin.

SELAMAT: Sebuah bas persiaran terbabas ke dalam parit di Jalan Lama Kinarut Kampung Ganak Papar kelmarin.

PAPAR: Seramai 13 penumpang terselamat selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di Jalan Lama Kinarut Kampung Ganak dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, seorang mangsa dikenali sebagai Chan Veh Thin, 60, mengalami kecederaan.

Mangsa dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba untuk menjalani rawatan lanjut.

Difahamkan, kesemua 13 penumpang terbabit keluar sendiri dari bas persiaran berkenaan selepas ia terbabas ke dalam parit.

Jurucakap bomba memberitahu panggilan kecemasan diterima pada jam 2.42 petang dan jentera bomba tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Operasi menyelamatkan mangsa tamat sepenuhnya pada jam 3.11 petang.

Advertisement