Anda di sini

Puzzle Restaurant perkenal menu baharu piza dan pasta

Advertisement

 Puzzle Restaurant menyediakan pilihan piza yang begitu menyelerakan dengan ‘thin crust’ yang rangup. Puding mangga tampil dengan cita rasa menyegarkan. Sayur midin sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Pasta Itali yang akan membuatkan anda terliur.

KUCHING: Puzzle Restaurant di Hotel Pullman memperkenalkan menu baharu piza dan pasta bagi mereka yang menggemari citarasa Itali.

Menurut pihak Puzzle Restaurant, terdapat enam pilihan piza yang disediakan pihaknya iaitu ‘Fruitti Di Mare’, ‘Smoked Salmon’, ‘Pepperoni’, Hawaiian, Vegetarian dan Ala Malaysian.

Pakej piza 8” didatangkan dalam menu ‘single set’ untuk seorang berharga RM38 dan salad serta sup hidangan harian bagi mereka yang datang dalam berkumpulan (empat orang atau lebih) untuk menikmati piza 12’ pada harga RM50 sahaja.

Selain daripada itu, piza untuk dibawa pulang juga disediakan. Dengan pembelian satu piza dapat satu percuma bermula jam 3 petang sehingga 6 malam pada harga RM40, beli dua piza dan dapatkan satu percuma pada harga RM80 atau beli empat piza dapatkan dua piza percuma berharga RM120.

Sementara itu, terdapat juga enam pilihan pasta seperti ‘Carbonara’, ‘Arrabiata Seafood’, ‘Bolognese’, ‘Basil Pesto’, ‘Promodor Salmon dan ‘Puttanesca’ yang berharga antara RM26 sehingga RM32.

Menu piza dan pasta boleh didapati setiap hari kecuali Ahad bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Puzzle Restaurant turut menyediakan menu bufet makan malam bertema iaitu Isnin ‘Sarawak Rediscovery’, Selasa ‘Fisherman’s Catch’, Rabu ‘Back To Kampung’, Khamis International Buffet’, Jumaat ‘K5 Hawker Delights’ dan Sabtu ‘Carvery Rendezvous’ berhaga antara RM86 bagi dewasa (Isnin sehingga Jumaat) dan RM96 untuk orang dewasa (Sabtu jam 6.30 petang sehingga 10 malam).

Nu Er Hong Restaurant di Hotel Pullman juga menawarkan makanan asli periuk tanah sepanjang bulan Ogos bagi makan tengah hari dan malam untuk makan dan dibawa pulang.

Pihaknya menyediakan ‘Mui Chai Duck Claypot Rice’, ‘Chicken Char Siew Claypot Rice’, ‘Black Pepper Lamb Claypot Rice’ dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi 082-222888 sambungan 2100 atau melayari Pullman Kuching di facebook www.facebook.com/pullmankuching.

Advertisement