Anda di sini

Ketibaan Zahid di Tawau diberi kawalan ketat

Advertisement

TAWAU: Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke majlis rumah terbuka Aidilfitri usahawan terkenal, Datuk Tahir Picho di pekarangan Wisma Rastamas, Batu 3 Jalan Apas di sini, kelmarin, diberikan kawalan ketat polis.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bersama rombongannya yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman tiba pada kira-kira jam 3.30 petang selepas turut melakukan lawatan rasmi ke Kota Belud, Tuaran dan Putatan.

Utusan Borneo difahamkan, 250 pegawai dan anggota bertugas yang diketuai Pegawai Pemerintah, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus manakala Pegawai Medan pula oleh Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam ASP Edward Kondokor.

Selain Strike Team IPD Tawau, turut terlibat menjalankan kawalan, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau dan PGA Batalion 17 Lahad Datu serta Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Rondaan dan kawalan turut diperkuatkan dengan kehadiran Polis Trafik IPD Tawau, polis peronda MPV, Unit Rondaan Bermotor (URB) dan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM).

Antara aset yang digunakan termasuklah dua bot PPM Tawau untuk memantau kawasan perairan dan sebuah perisai APC Shen Jeong S5 dari PGA Batalion 17 Lahad Datu.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 20 petugas media yang hadir semenjak jam 1 petang serta ingin mengetahui perkembangan kes culik, isu 1MDB dan UMNO Semporna, bagaimanapun hampa apabila tidak ada ucapan atau sidang media dijalankan.

Advertisement