Anda di sini

IPD-OUM sasar kerjasama 100 pusat latihan kemahiran tahun ini

Advertisement

IPD-OUM syarikat induk OUM kini miliki 70 pust latihan kemahiran

TAWAU: Institut Pembangunan Profesional, Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) menyasarkan kerjasama dengan 100 pusat latihan kemahiran pelbagai bidang yang bertauliah pada tahun ini bagi melatih kira-kira 7,000 peserta.

Pengarahnya Prof Madya Dr Richard Ng berkata IPD-OUM yang merupakan syarikat induk universiti berkenaan kini memilik 70 pusat latihan kemahiran pelbagai bidang profesional dan telah melatih 10,000 peserta sejak tahun 2000.

“IPD-OUM menjalin kerjasama dengan beberapa institusi latihan yang menyediakan kemahiran antaranya dalam pengurusan pejabat, fotografi, sains politik, pengurusan ladang dan elektrikal dengan jaminan kualiti bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Keusahawanan Dan Kecemerlangan Kerjaya Berlandaskan Kemahiran di OUM di sini semalam, yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Richard berkata program kemahiran IPD-OUM mendapat sambutan baik dari peserta luar negara terutamanya dari India, Hungary, Vietnam, Sri Lanka, Myanmar, China, Ghana dan Zambia.

Sementara itu, Yap ketika merasmikam progran itu berkata persepsi pembelajaran adalah proses yang hanya perlu dilalui golongan kanak-kanak dan belia adalah tidak releven lagi pada masa kini.

Katanya masyarakat perlu mengubah persepsi itu kerana pembangunan global pada masa kini menekankan setiap peringkat umur perlu sentiasa menimba ilmu demi kemajuan diri sendiri.

“Negara sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dan ia memerlukan rakyat yang menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya hidup bagi membolehkan kita memenuhi tuntutan kemahiran yang diperlukan negara,” katanya.

Mengulas mengenai seminar itu, Yap optimis ia mampu menyediakan peluang kepada peserta untuk memperoleh maklumat berkaitan latihan kerjaya demi memperbaiki diri dari segi pengetahuan dan juga kemahiran. — Bernama

Advertisement