Anda di sini

Empat unit kedai runcit musnah dalam kebakaran awal pagi

Advertisement

SEMPORNA: Empat unit kedai runcit di Kampung Simunul di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.49 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, satu pasukan bomba terdiri daripada dua jentera dan lapan anggota dikejarkan ke lokasi,” kata kenyataan itu.

Sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba pada jam 3.54 pagi, api telah marak namun dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 4.11 pagi dan padam sepenuhnya jam 6.24 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. — Bernama

 

Advertisement