Anda di sini

Dadah: Buruh dan tukang masak dicekup

Advertisement

LAWAS: Seorang buruh dan tukang masak dicekup polis dalam dua  serbuan berasingan kerana dipercayai terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di dua lokasi berbeza di bandar ini Ahad lepas.

Suspek lelaki pertama berusia 20, dari Kampung Banting  ditahan dalam satu pemeriksaan sekitar jam 10.31 malam Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata sementara itu suspek lelaki kedua yang juga tukang masak 34,  dari Kampung Banting ditahan sekitar jam 11.41 malam di belakang sebuah hotal di sini.

“Hasil pemeriksaan pada suspek kedua, polis menjumpai lima keratan straw berwarna merah jambu setiap satu berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu  (berat kasar 0.8 gram).

“Kedua-dua suspek juga didapati positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan terhadap mereka,” katanya.

Kes terbabit akan disiasat  di bawah  Seksyen 12(2)ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Advertisement