Anda di sini

17 kampung tradisional dalam Iskandar Malaysia dikekal, dibangun

Advertisement

JOHOR BAHARU: Sebanyak 17 kampung tradisional dalam kawasan Iskandar Malaysia di sini akan dikekal dan dibangunkan menerusi satu program khas, seiiring dengan kepesatan pembangunan wilayah ekonomi itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembangunan program antara kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu akan dijalankan secara berperingkat, mengikut kelebihan dan kekuatan kampung masing-masing.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah memutuskan program perintis iaitu di Kampung Kuala Masai di Pasir Gudang akan dibangunkan dengan restoran makanan laut mengikut kesesuaiannya.

“Untuk yang (kampung) lain, kita akan fikirkan kemudian tapi kita memang serius untuk mengekalkan kampung tradisional ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke kampung itu di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata maklumat lanjut mengenai program itu akan diumumkan dalam pembentangan Bajet Negeri, Oktober ini namun beliau berharap ia mampu meningkatkan penyertaan penduduk kampung dalam aktiviti ekonomi.  — Bernama

Advertisement