Anda di sini

Jangan guna bekas makanan polisterin: Dr Valentine

Advertisement
 Iman bertanyakan sesuatu kepada peniaga di Bazar Ramadan Jalan Mawar. Turut kelihatan Mizma dan Rajesh.

RAMAH MESRA: Iman bertanyakan sesuatu kepada peniaga di Bazar Ramadan Jalan Mawar. Turut kelihatan Mizma dan Rajesh.

LAHAD DATU: Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr Valentine @ Japulee Gantul mengga-lakkan agar peniaga dan orang ramai mengurangkan dan seterusnya tidak menggunakan bekas makanan polisterin ketika berurus niaga di semua bazar Ramadan di daerah ini.

Menurutnya, meskipun belum ada penguatkuasaan bagi menghentikan penggunaannya, Jabatan Kesihatan komited bagi menghalang penggunaan polisterin berikutan bahan itu merupakan bahan pencemaran kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

“Kita belum ada penguatkuasaan terhadap penggunaan bekas makanan polisterin, namun kita (Jabatan Kesihatan) menggalakkan orang ramai dan peniaga di bazar tidak menggunakannya,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi meninjau bazar Ramadan sekitar daerah, kelmarin.

Pada April lalu dalam laporan Bernama, Pengerusi NGO Kumpulan Alam Sekitar Malaysia Yasmin Rasyid berkata larangan penggunaan bahan polisterin perlu dilaksanakan di semua negara dan bukan hanya dilaksana di Johor dan Perak.

“Semakin cepat larangan dikuat kuasa, semakin cepat kesan kepada alam sekitar dapat dihindarkan. Namun larangannya jangan sekadar hanya sekadar cakap kosong, kita mahu lihat bukti berkesan hasil pelaksanaannya,” katanya.

Pada 25 Mei Majlis Perbandaran Subang Jaya turut melarang 1,397 peniaga bazar Ramadan menggunakan bekas makanan plisterin dalam urus niaga di 24 zon.

Peniaga disaran menggunakan pembungkus jenis ‘biodegradable’ selain bahan bungkusan seperti daun pisang, daun keladi dan yang berkaitan.

Pada operasi yang disertai unit-unit penguatkuasaan dan agensi yang berkaitan telah memeriksa tapak bazar di Perdana Square dan Jalan Mawar yang diketuai Pegawai Daerah Iman Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Ir Rajesh Yussuf, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Mizma Appehdullah.

Sebanyak 476 lot bazar Ramadan teah disediakan kepada peniaga makanan dan minuman iaitu sebanyak 185 pertambahan berbanding jumlah lot tahun lalu.

11 kawasan telah dikenal pasti untuk orang ramai yang berminat berniaga sepanjang Ramadan ini iaitu bazar di Jalan Mawar, Fajar Complex, Sri Perdana (Hup Seng), Sri Perdana (Sabah Book Store), Bandar Tabanak, Taman Perdana 1, Taman Aman 1.

Tapak baharu bazar tahun ini telah dibuka di Perdana Square, Palm Height, I-Peak dan Kampung Muhibbah.

Advertisement