Anda di sini

Sairin serah kerusi roda kepada Ramis

Advertisement
 Sairin menyerahkan kerusi roda kepada Ramis. Turut kelihatan (dari kanan) Sahanip, Hamzani, Saipin dan Ismail.

BANTUAN: Sairin menyerahkan kerusi roda kepada Ramis. Turut kelihatan (dari kanan) Sahanip, Hamzani, Saipin dan Ismail.

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Sairin Karno telah menziarahi dan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit, Ramis Halus di Kampung Banjar di sini pada Sabtu.

Ramis terlantar sakit dan tidak boleh bergerak sejak beberapa bulan yang lalu.

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan meminta beliau (Ramis) agar banyak bersabar dan menguatkan semangat untuk sembuh.

Mengenai sumbangan itu, beliau memberitahu ia adalah sebagai keprihatinan sebagai seorang pemimpin untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya juga berharap dengan adanya kerusi roda ini ia dapat membantu pesakit ini untuk bergerak selesa sama ada dalam rumah mahupun di luar rumah,” katanya.

Turut mengiringi Sairin ketika menziarahi Ramis ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Pegawai Kemajuan Masyarakat Liawan Zaharin Karno, Setiausaha Bahagian UMNO Keningau Hadimin Jumburi, Pemaju Mukim Lingkudau/Banjar Saipin Ibrahim, Ketua Kampung Banjar Ismail Amit dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kampung Banjar Hamzani Aziz.

 

 

Advertisement