Anda di sini

Wakil Penampang juara Miss Oceanus Kaamatan 2016

Advertisement
 Mary (duduk tengah) dimahkotakan sebagai Miss Oceanus Kaamatan 2016 diapit oleh Valencia (kiri) tempat kedua dan Clarelinlina (kanan) tempat ketiga.

RATU: Mary (duduk tengah) dimahkotakan sebagai Miss Oceanus Kaamatan 2016 diapit oleh Valencia (kiri) tempat kedua dan Clarelinlina (kanan) tempat ketiga.

KOTA KINABALU: Peserta mewakili Penampang Mary Grace Lojuki, 18, dimahkotakan sebagai Miss Oceanus 2016.

Mary telah mengalahkan enam peserta lain pada peringkat akhir yang berlangsung di sini kelmarin.

Beliau yang mendapat soalan ke-10 ketika sesi soal jawab menjawab dengan penuh yakin.

Katanya, beliau tidak akan menitiskan air mata ketika ditanya oleh juruacara bahawa adakah beliau akan menitiskan air mata jika tidak memenangi pertandingan ratu cantik ini.

“Bagi saya, saya tidak akan menangis. Ia lebih kepada menambah pengalaman dalam pertandingan ini dan buat yang terbaik.

“Sudah pasti kita ada sasaran tersendiri, tetapi dengan persiapan awal adalah suatu yang penting,” jawabnya.

Mary membawa pulang RM2,000, trofi, sijil penyertaan, baucar bernilai RM376 sumbangan La Mode Hair Boutique, Natural Fat Burner (Zenoctil) dan keahilan kecergasan percuma (Bearbox Fitness).

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Valencia Ann Pinus, 22, berasal dari Papar dan Clarelinlina Pinus, 19, yang mewakili Tamapruli.

Manakala, empat sagu hati peserta akhir lain iaitu Ivy Charlotie Fredolin, 20, berasal dari Ranau, Charina Juasim (22, Papar), Chrisline Jonal (21, Keningau) dan Christine Emelda Oyong (24, Tambunan)

Daerah yang menyertai Miss Oceanus Kaamatan 2016 adalah Penampang, Tambunan, Ranau, Tamparuli, Papar, Kota Belud, Inanam dan Keningau.

 

 

Advertisement