Anda di sini

Tamparuli dipilih Pusat MyCyber Komuniti@Sabah

Advertisement

KOTA KINAbALU: Tamparuli telah dipilih sebagai Pusat MyCyber Komuniti@Sabah dan Koperasi Tokou Sabah Bhd telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan pusat berkenaan.

Naib Presiden Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia, Lt Col (bersara) Mustaffa Ahmad berkata, kewujudan itu bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kepentingan penggunaan komputer dan Internet secara positif.

“Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing, maka terdapat keperluan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan ICT sejajar dengan perkembangan arus digital masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan projek MOSTI Sosial Inovasi (MSI) Pusat MyCyber Komuniti@Sabah, bertempat di Hotel Le Maridien, di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Pusat Kopersai Tokou Sdn Bhd Felix Joseph Saang dan timbalannya Conrad Wong.

Pusat MyCyber Komuniti@Sabah terletak di Tamparuli Ponts, Tamparuli.

Mustaffa berkata, terdapat beberapa masalah yang hendak diselesaikan antaranya kekurangan keperluan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan ICT sejajar dengan perkembangan arus digital masa kini

Kemudahan ICT yang terhad termasuk akses kepada Internet di luar bandar disebabkan oleh kepesatan pembangunan infrastruktur jalur lebar umumnya kini dinikmati secara meluas oleh masyarakat bandar

Jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam mengikuti perkembangan dunia digital, termasuklah ancaman dan serangan siber.

Kurangnya kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai tatacara penggunaan Internet dan komputer secara beretika dan positif.

Masalah penyahpijatan, virus dan penggodam terjadi disebabkan oleh tiada kesedaran mengenai keselamatan siber.

Di akhir majlis itu CyberSecurity Malaysia dan Koperasi Tokou Sabah Bhd telah melakukan pertukaran memorandum perjanjian (MoA).

 

Advertisement