Anda di sini

Ops Bersepadu esscom serbu tapak pembinaan

Advertisement
 Anggota terlibat dengan Ops Bersepadu ESSCom menyerbu tapak pembinaan di kawasan Air Panas dan Megah Jaya 9, Batu 3 Jalan Apas.

SERBU: Anggota terlibat dengan Ops Bersepadu ESSCom menyerbu tapak pembinaan di kawasan Air Panas dan Megah Jaya 9, Batu 3 Jalan Apas.

TAWAU: Ops Bersepadu ESSCom menyerbu tapak pembinaan di Air Panas dan Megah Jaya 9, Batu 3 Jalan Apas, di sini, kelmarin dan memeriksa 78 pekerja buruh binaan.

Ketua Pejabat Imigresen Daerah Tawau Noraini Rasi berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan itu, pihaknya menahan seramai sembilan individu untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan umur 19 sehingga 54 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat warga Indonesia dan lima warga Filipina kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, kesemua tahanan terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana berada di negara ini tanpa memiliki dokumen sah.

“Operasi ini dijalankan dengan kekuatan 33 pegawai dan anggota dari 10 jabatan dan agensi penguat kuasa termasuk Pejabat Imigresen Daerah Tawau,” katanya.

Noraini berkata operasi yang dijalankan antara jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari itu turut disertai polis, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Perbandaran Tawau.

Turut terlibat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Kementerian Perdagangan, Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Jabatan Pendaftaran Negara.

 

 

Advertisement