Anda di sini

Dua maut ditembak

Advertisement

Oleh Vivi Olviana Najurus//

 Pasukan forensik melakukan penyiasatan di lokasi kejadian.

TELITI: Pasukan forensik melakukan penyiasatan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut selepas terkena lapan das tembakan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser di Jalan Kolam berhampiran Stesen Minyak Petronas Foh Sang, Luyang di sini, awal pagi semalam.

Mangsa Ting Wen Hou, 23, dan Hii Lam King, 36, yang dikenal pasti sebagai peniaga dan berasal dari Sibu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala yang terkena tembakan.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, dua suspek lelaki yang menunggang motosikal dipercayai mengekori kereta mangsa sebelum salah seorang daripada suspek melepaskan lapan das tembakan ke arah cermin pemandu hadapan.

Tembakan terkena Hii yang memandu kereta terbabit dan Ting duduk di bahagian penumpang hadapan turut terkena tembakan berkenaan.

Bagaimanapun, adik kembar Ting yang duduk di bahagian belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas kejadian itu, kereta berkenaan turut merempuh sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita, namun impak pelanggaran tidak membawa sebarang kecederaan kepada wanita terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati Hii bersama Ting dan adik kembarnya ketika dalam perjalanan ke pusat bandar selepas menghantar anak ke sekolah.

 

Advertisement