Anda di sini

Puteri UMNO ikrar sokong, pertahan kepimpinan Najib

Advertisement

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sabah berikrar untuk menyokong penuh dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri.

Ketua Puteri UMNO Sabah Normala Rasik berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat pergerakan puteri itu di sini, yang dipengerusikan beliau.

“Dalam mesyuarat ini, Puteri UMNO Sabah juga membantah serta menolak sekeras-kerasnya gerakan yang didalangi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang termasuk DAP dan PKR dalam ‘Deklarasi Mahathir’ yang bertujuan untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Ia (Deklarasi Mahathir) jelas bertentangan dengan amalan demokrasi negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, Normala berkata Puteri UMNO Sabah mengesa agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap dalang gerakan ‘Deklarasi Mahathir’ yang mengancam sistem demokrasi berparlimen serta boleh mengakibatkan implikasi negetif terhadap keharmonian negara. — Bernama

 

Advertisement