Anda di sini

Polis Kedah sedang kesan individu lain terlibat Daesh

Advertisement

ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mengesan individu lain yang disyaki terlibat Daesh di negeri ini dengan antaranya mendapatkan maklumatdaripada individu yang ditahan kerana terbabit dengan kumpulan militan itu.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan berkata individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20-an, berasal dari Sik dan hanya bekerja kampung.

“Individu itu ditahan selepas kita menyedari kegiatannya…individu itu baru di peringkat memberi sokongan kepada Daesh,” katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-209 Peringkat Kontinjen Kedah di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata seramai 11 lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 49 tahun telah ditahan di Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Selasa hingga kelmarin.

Sementara itu, Abd Jalil berkata Hari Polis itu disambut di dalan dewan berikutan cuaca panas.

“Kita telah mendapat kebenaran pihak atasan untuk mengadakan sambutan di dalam dewan ekoran cuaca panas kerana kita tidak mahu pegawai dan anggota polisterdedah kepada gelombang haba.

“Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, pihak polis akan memastikan keselamatan masyarakat dijaga bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang masalah,” katanya. Selain Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang juga mengadakan sambutan di dalam dewan.

Di KUALA TERENGGANU, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil berkata polis terus mengambil langkah proaktif bagi mengekang dan memantauancaman kegiatan kumpulan militan Daesh daripada menular dalam kalangan rakyat negeri ini.

Beliau berkata polis kini giat mendekati masyarakat menerusi pelbagai progam bagi memberi penerangan dan kesedaran tentang bahaya ancaman militan Daesh yang kini semakin agresif mendekati dan mempengaruhi orang ramai menerusi teknologi dan alam siber.

“Kita turut bekerjasama dengan Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) serta badan-badan dakwah dan pihak sekolah untuk memberi kesederan tentang ancaman serta dakyah kumpulan militan ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis Ke-209 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.

Katanya pihaknya juga menjalankan pemantauan menerusi Unit Integriti pasukan bagi memastikan ancaman tersebut tidak menular dalam kalangan anggota polis. — Bernama

Pada majlis itu, Hashim turut menyampaikan Anugerah Integriti kepada 50 anggota polis yang cemerlang. — Bernama

 

Advertisement