Anda di sini

Jenazah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan selamat dikebumi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Allahyarham Datin Paduka Rahmah Osman, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Kiara di sini, semalam.

Jenazah Allahyarham di-semadikan pada kira-kira jam 11.30 pagi selepas disembah-yangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, kira-kira jam 10 pagi.

Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah per-kuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan bekas Ahli Parlimen Kangar Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, Rahatulkhairani Mustapha, 56, dan Saidatulakmar Mustapha, 55, serta tujuh cucu.

Rahatulkhairani berkata ibunya seorang yang sering mengutamakan hal keluarga walaupun sibuk dalam hal politik.

“Allahyarham, ibu sangat berdedikasi dalam bidang kerjayanya lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hak kewanitaan dalam politik.

“Walaupun arwah ibu sentiasa sibuk dengan tugas politik hariannya, saya dan adik sudah terbiasa berdikari apabila ketiadaan ibu di sisi, namun ibu sentiasa mencari ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga di sebalik kesibukannya,” kata-nya.

Menurut Rahatulkhairani, Allahyarham ibunya meng-alami penyakit Alzheimer yang kritikal sejak dua tahun lepas dan mendapat rawatan susulan di Hospital Tawakkal selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, Shahrir yang ditemui selepas upacara pengebumian itu menyifatkan Allahyarham sebagai rakan seperjuangan yang komited dengan profesion dan mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.

“Arwah sangat aktif dalam bidang politik dan sering mengetengahkan isu ‘population development’ dalam negara selain turut aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan dengan membawa isu untuk kepen-tingan ramai,” katanya yang mengenali Allahyarham sejak di awal pembabitan politik pada tahun 70-an. — Bernama

Advertisement