Anda di sini

Penunggang motosikal maut bertembung lori

Advertisement

LABUAN: Seorang lelaki maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah lori di atas jambatan di Jalan Kinabenua pagi semalam.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi ketika Malwi Razalan, 24, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja  apabila motosikalnya hilang kawasan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari laluan bertentangan.

“Mangsa ditemui terbaring di atas jalan dan motosikalnya berada di hadapan tayar lori,” katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Labuan. — Bernama

Advertisement