Anda di sini

Sarawak kutip satu mata

Advertisement

KUCHING: Sarawak akhirnya mengutip satu mata berharga apabila terikat 2-2 dengan Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bahru malam tadi.

Bagaimanapun, skuad Ngap Sayot mengejutkan tuan rumah (Kelantan) pada minit kelapan dengan jaringan pertama hasil sentuhan berbisa pemain import, Ndumba Makeche.

Jaringan Makeche berpunca bola ‘turning’ dikuis oleh pemain Kelantan setelah terlepas tandukan oleh Davide Grassi yang menerima hantaran cantik daripada Ronny Harun.

Tertekan dengan jaringan pelawat, Kelantan menggandakan usaha memburu gol penyamaan menerusi percubaan sipi oleh Wan Zack Haikal pada minit ke-11.

Selang beberapa minit kemudian, pemain import Kelantan – Baze Ilijoski pula melakukan percubaan bahaya dari jarak jauh.

Pasukan ‘The Red Warriors’ enggan berputih mata mengasak kubu Sarawak bertali arus dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil ledakan Baze Ilijoski pada minit ke-43.

Babak kedua, kedua-dua pasukan beraksi agak perlahan namun sekali-sekala berbalas serangan.

Bagaimanapun, Kelantan berjaya memperolehi gol kedua menerusi ledakan Baze Ilijoski pada minit ke-63 dengan kedudukan 2-1.

Sarawak melakukan pertukaran dengan mengeluarkan J. Partiban dan memasukkan Ashri Chuchu pada minit ke-64.

Kemasukan Ashri ternyata meniupkan kembali semangat Ngap Sayot untuk menyamakan kedudukan (2-2).

Make che s eka l i l agi meledakan jaringan kedua peribadinya setelah menyambar kemas bola muntah daripada dakapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

 

Advertisement