Anda di sini

MASA tampilkan 37 perenang

Advertisement

 Khaulid (berdiri kanan) dan jurulatih Mandu Nyungkan (berdiri kanan barisan belakang) bersama perenang MASA selepas Kejohanan Kumpulan Umur Miri Ke-19 lalu.

KAMI BOLEH!: Khaulid (berdiri kanan) dan jurulatih Mandu Nyungkan (berdiri kanan barisan belakang) bersama perenang MASA selepas Kejohanan Kumpulan Umur Miri Ke-19 lalu.

Oleh Rosemaria Buma//

MIRI: Persatuan Renang Amatur Miri (MASA) bakal menghantar seramai 37 perenang ke Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sarawak Kali Ke-43 berlangsung dari 4 hingga 6 Mac depan di Pusat Akuatik Petra Jaya, Kuching.

Menurut Khaulid AM selaku ahli exco MASA, kejohanan tersebut juga merupakan acara percubaan untuk memilih atlet-atlet renang mewakili Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 Julai nanti.

Katanya, daripada jumlah 37 perenang itu, 16 merupakan atlet renang berpotensi mewakili negeri ke SUKMA XVIII.

Sehubungan itu, katanya, mereka akan bersaing sesama sendiri untuk menentukan yang terbaik sekali gus menempah tiket ke temasya tersebut.

Menurut Khaulid, 12 daripada mereka iaitu Leong Wan Ying, Alister Lee, Leong Wan Mei, Bryan Chin, Chin Chia Mon, Cheng Yi Xuan, Teresa Yung, Jonah Lau, Gwendolen Rema Donald, Silas Hii, Aina Fedalisa Khaulid dan Leslie Loh masing-masing menjalani latihan di Miri.

Manakala empat yang lain iaitu Muhd Naqeb, Chin Xue Kang, Nelson Impin and Joyce Jol Ribuh menjalani latihan di Sekolah Sukan Sabah, Kota Kinabalu.

“Justeru itu, kita berharap para perenang mampu meningkatkan mutu persembahan masing-masing meskipun MASA berjaya menjuarai Pertandingan Renang Kumpulan Umur Miri Kali Ke-19 dengan mengutip 49 pingat emas, 48 perak dan 46 gangsa dan menewaskan musuh tradisi GCM dengan 31 emas, 36 perak dan 26 gangsa,” ujar beliau.

Manakala Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA) selaku pasukan tuan rumah menghantar peserta paling ramai iaitu 96 perenang.

Pasukan lain ialah Persatuan Renang Amatur Kota Samarahan (KOTAS) menghantar 47 perenang, Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA – 43), Persatuan Renang Amatur Limbang (LASA – 18), Persatuan Renang Amatur Bintulu (BASA – 8 dan Persatuan Renang Amatur Kapit (ASAK) serta Special Olympics masing-masing menghantar tiga perenang.

 

Advertisement