Anda di sini

49 pemain berentap pada boling KSRKKS

Advertisement
 Peserta pertandingan boling merakamkan kenangan selepas tamat pertandingan.

BOLING BULANAN: Peserta pertandingan boling merakamkan kenangan selepas tamat pertandingan.

SIBU: Seramai 49 orang pemain menyertai pertandingan boling bulanan anjuran Kelab Sukan Rekreasi Klang Kluzs Sibu (KSRKKS) di sini malam kelmarin.

Pengerusi kelab, Osman Yusof berkata penyertaan pada Februari malam kelmarin amat menggalakkan termasuk dari kaum Cina.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua dan diadakan setiap bulan, di mana pertandingan akhir dijangka pada November nanti,” katanya.

Bagi melayakkan diri menyertai pertandingan akhir, seseorang peserta hendaklah menyertai sekurang-kurangnya enam kali atau enam bulan.

Menurut Osman, pelbagai hadiah menarik bakal menanti pemenang pertandingan akhir nanti.

Pertandingan pada Februari dimenangi Kasita Hamdan dengan 740 jatuhan pin, diikuti Law Chiik Tiing (738) dan Mohd Nazarul Adha (726), masing-masing menerima hadiah berupa hamper.

Hadiah untuk ‘high game’ dimenangi Mohd Zulhazmi dengan 215 jatuhan pin.

 

Advertisement