Anda di sini

Juara Cabaran Futsal Reunion Jemputan 2016 milik Fuleco FT

Advertisement
 Pasukan Fuleco FT bersama hadiah kemenangan.

JUARA: Pasukan Fuleco FT bersama hadiah kemenangan.

MUKAH: Bekas pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) menganjurkan Cabaran Futsal Reunion Jemputan 2016, yang disertai lapan buah pasukan.

Program diadakan di Dewan Tertutup Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Mukah pada Sabtu lalu merupakan inisiatif bekas pelajar kumpulan perintis PPKS Mukah dan dianjurkan bersama-sama warga belia lain di Mukah.

Menurut pengerusi penganjur bersama, Mohammad Syukri Musa, Cabaran Futsal Reunion Jemputan 2016 itu bukan sahaja menyihatkan badan tetapi saluran mengeratkan silaturahim antara bekas pelajar dan pelajar semasa PPKS Mukah selain golongan belia di Mukah.

Mohammad Syukri merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan dan kerjasama khususnya Ahli Parlimen Belia Mukah, Royston Valentine membolehkan penganjuran program berlangsung dengan jayanya.

Juara Cabaran Futsal Reunion Jemputan 2016 ini milik Fuleco FT, manakala Sefamily FC di tempat kedua dan tempat ketiga Pelados FT dan Penat FT.

Mohd Faizal Abdullah dari Fuleco FT dipilih sebagai penjaga gol terbaik manakala pemain terbaik dirangkul oleh Fira Pelangi dari Sefamily FC.

 

Advertisement