Anda di sini

Sokongan keluarga penting bagi bekas banduan

Advertisement

Beri semangat kepada mereka jalani kehidupan lebih baik setelah tamat menjalani hukuman penjara

 Nora (empat kanan) bersama Katherine (empat kiri) dan Timbalan Pengarah Penjara Wanita Fauziah Hussain (tiga kanan) bersama Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan tetamu lain menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik perasmian Majlis Jalinan Kasih sempena Tahun Baharu Cina peringkat Penjara Wanita kelmarin.

JALINAN KASIH: Nora (empat kanan) bersama Katherine (empat kiri) dan Timbalan Pengarah Penjara Wanita Fauziah Hussain (tiga kanan) bersama Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan tetamu lain menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik perasmian Majlis Jalinan Kasih sempena Tahun Baharu Cina peringkat Penjara Wanita kelmarin.

KOTA KINABALU: Usaha akan diteruskan bagi menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama memberi sokongan kepada individu yang pernah melakukan kesilapan sehingga dipenjarakan bagi memberi semangat kepada mereka untuk menjalani kehidupan lebih baik apabila dibebaskan.

Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Suria Idris berkata, sokongan keluarga amat diperlukan sebelum penghuni penjara ini berdepan dengan masyarakat luar.

“Atas sebab itu, kami begitu mengharapkan penglibatan ahli keluarga dan saudara-mara dalam segala aktiviti yang dianjurkan.

“Kini, kita melihat sokongan turut diberikan oleh pihak lain seperti Lembaga Hakim Pelawat serta Persatuan Buddha Kota Kinabalu dan ia menunjukkan masih ramai golongan yang boleh menerima dan membantu penghuni dan bekas-bekas penghuni ini menjalani kehidupan,” katanya dalam Majlis Jalinan Kasih sempena Tahun Baharu Cina peringkat Penjara Wanita dan Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Nora Musa.

Suria berkata, program pemulihan dan koreksional yang dilaksanakan di penjara dilihat sebagai langkah yang tepat bagi memberi peluang kepada setiap penghuni memupuk kesedaran dan keinsafan dalam membina kendiri yang lebih baik.

Katanya, melalui program yang dilaksanakan itu, penghuni turut mempelajari pelbagai jenis kemahiran yang dilihat pasti memberi manfaat apabila mereka berada di luar kelak.

Sementara itu, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Datuk Katherine Lee berkata, program yang diadakan semasa musim perayaan ini memberi ruang kepada penghuni dan ahli keluarga mereka untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ia dilihat akan membantu mengingatkan penghuni bahawa masih terdapat orang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka walaupun mereka berada dalam penjara.

Beliau berkata, beliau faham untuk melayakkan penghuni ini terpilih dalam program sebegitu bukan mudah kerana pesalah juvana dan penghuni perlu mempunyai rekod yang baik tanda sebarang tindakan tatatertib dalam tempoh enam bulan lepas dan mereka perlu memperoleh 90 peratus markah dalam penilaian yang dibuat.

Baki hukuman mereka juga sekurang-kurangnya tiga tahun atau kurang.

Advertisement