Anda di sini

Remaja lelaki maut motosikal bertembung lori di Tawau

Advertisement

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Km38.4 Jalan Balung, dekat sini malam kelmarin, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Rahmadi Udin, 18, merupakan warganegara Indonesia, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terbabas ke arah jalan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Bagaimanapun pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama

Advertisement