Anda di sini

PPM Tawau rampas pelbagai jenis rokok bernilai RM31,000

Advertisement

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 6,100 bungkus rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM31,000 dalam Operasi Paradise di kawasan perairan daerah ini, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kegiatan menyeludup masuk rokok itu dihidu anggotanya yang sedang melakukan rondaan kira-kira 11.15 malam tadi dan terserempak dengan sebuah bot laju dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia, ke muara Sungai Tawau.

“Ketika menyedari kehadiran bot ronda PPM, bot terbabit dipecut untuk melarikan diri. Bot ronda PPM kemudiannya bertindak mengejar bot itu selama kira-kira 18 minit sebelum berlaku pergeseran antara kedua-dua bot.

“Dua lelaki dalam bot terbabit kemudian terjun ke laut dan meninggalkan bot mereka. Anggota PPM yang mengejar mereka terpaksa berhenti berikutan air cetek dan khuatir enjin bot rosak,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. — Bernama

Advertisement